SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Khamis, 26 Julai 2012

Sumbangan kepada keluarga En. Ermy Jeffry bin Jamil

Hamper yang disumbangkan oleh PIBG
Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru kelas 4 Ehsan turut hadir melawat ke rumah keluarga En. Ermy


En. Izat, AJK PIBG menyerahkan 2 cek kepada bapa saudara adik Putera Rozamy 4 Ehsan
              Sumbangan telah diserahkan kepada Keluarga En. Ermy Jeffry bin Jamil atas pemergian isteri tercinta dan seorang anaknya tahun 1 Damai   yang yang belajar SK Taman Desa 2 ke Rahmatullah disebabkan kemalangan di Jasin, Melaka. Seorang anak beliau masih bersekolah di sini dalam tahun 4 Ehsan. Terima kasih kepada semua ibu bapa murid-murid yang telah menyumbangkan sumbangan ikhlas kepada Keluarga En. Ermy. Pihak sekolah telah menerima sumbangan ikhlas daripada ibu bapa sebanyak RM6,376.00 Manakala sumbangan daripada PIBG adalah sebanyak RM500.00. Dengan sumbangan ini, dapatlah meringankan beban Keluarga En. Ermy.

Isnin, 23 Julai 2012

Pertandingan Tandas Tercantik dan Terbersih

Tandas murid lelaki tahun 3 dan tahun 5
Tandas murid perempuan tahun 3 dan tahun 5
Tandas murid lelaki tahun 6
Tandas murid perempuan tahun 6
Tandas murid lelaki tahun 1
Tandas perempuan tahun 1
Tandas murid lelaki Pendidikan khas
Tandas murid perempuan Pendidikan Khas
Tandas murid lelaki tahun 2 dan tahun 4
Tandas murid perempuan tahun 2 dan tahun 4
Guru-guru bertungkus-lumus menghias tandas untuk keselesaan murid-murid
Guru-guru sibuk menghias tandas murid-murid
Pertandingan Tandas Tercantik dan Terbersih akan dinilai oleh semua pentadbir dari 23 Julai hingga 27 Julai

Ahad, 22 Julai 2012

Pelancaran Bulan Panitia Agama Islam

Guru Besar menderma ke dalam tabung Pendidikan Islam sempena pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam
 
Guru-guru memberi tumpuan semasa pelancaran tersebut
Cik Aminah binti Said, Guru Besar merasmikan pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam
Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam pada 23 Julai 2012


Pelancaran Bulan Panitia Agama Islam dan Khatam Quran adalah salah satu aktiviti kurukulum yang dijalankan untuk menarik minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran tersebut. Di dalamnya terkandung pelbagai aktiviti pengukuhan pembelajaran. Bersesuaian dengan itu, panitia Pendidikan Islam menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan yang sering ditunggu-tunggu oleh umat islam, apatah lagi kepada semua murid yang merupakan golongan yang perlu diberi perhatian dalam menjalani bulan yang penuh pentarbiahan ini

Objektif 
1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa murid.
2. Merapatkan silaturahim antara guru dan murid
3. Melahirkan perasaan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam
4. Melahirkan minat membaca Al. Quran dan banyak beramal di bulan Ramadhan
5. Memberi galakan kepada murid-murid dalam melakukan kebaikan serta memperbaiki disiplin diri   
    menerusi aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti Bulan Panitia Agama Islam
1. Tadarus Al-Quran
2. Tazkirah Ramadhan
3. Pertandingan menulis Jawi Cantik
4. Pertandingan mewarna
5. Pertandingan mencari kalimah jawi yang tersembunyi
6. Pertandingan mencari dan mewarnakan huruf jawi
7. Pertandingan membaca teks jawi
8. Pertandingan membuat kad hari raya
9. Pertandingan teka silang kata
10. Pertandingan ejaan jawi
11. Pertandingan membaca khutbah
12. Pertandingan syarahan
13. Majlis Khatam Al-Quran
14. Majlis Berbuka Puasa
16. Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Pn. Norizan binti Haron yang bertudung biru merupakan guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baru di SK Taman Desa 2
Guru-guru turut menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan bendera Malaysia
Murid-murid bersemangat menyanyikan lagu patriotik sempena Bulan Kemerdekaan
Semua pentadbir turut menyanyikan lagu patriotik sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan

Ahad, 15 Julai 2012

Kejohanan Padang dan Balapan Tahunan 2012

Acara larian guru-guru perempuan dan para ibu
Acara larian 50 meter untuk guru-guru dan para bapa
Acara balapan
Walaupun berpanas, guru-guru bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab dengan efisyen
Guru-guru yang menjadi pengadil lorong sibuk menjalakan tugas masing-masing
Acara sukaneka Prasekolah
En. Soong Beng Khoon menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Guru-guru sibuk membuat persiapan hadiah pada hari Kejohanan
En. Soong Beng Khoon, Penyelaras DUN Rawang merasmikan Kejohanan Padang dan Balapan Tahunan 2012
Kontinjen Rumah Tun Abdul Rahman (Rumah Biru )
Kontinjen Rumah Tun Abdul Razak (Rumah Hijau )
Kontinjen Rumah Tun Hussein Onn ( Rumah Merah )
Kontinjen  Rumah Tun Mahathir ( Rumah Kuning)

Khamis, 12 Julai 2012

Sumbangan ibu bapa murid kepada sekolah

Terima kasih kepada ibu bapa dari Kelas 2 Tenteram yang telah memberi sumbangan untuk membantu sekolah membina semula pentas yang baru. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan.
Kerja-kerja untuk membina semula pentas sedang dijalankan

Selasa, 10 Julai 2012

1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Murid-murid bersemangat melakukan senamrobik
Semua guru bersemangat melakukan senamrobik pada 10 Julai 2012
Guru-guru dan murid-murid bersama-sama melakukan  senamrobik
Semua pentadbir turut serta dalam senamrobik sempena Program 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Ahad, 8 Julai 2012

Aktiviti Bimbingan kaunseling

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Pn. Emelia binti Min, Pegawai Akademik dari PPD Gombak
Ibu bapa murid turut hadir bersama murid dalam program SMART 5A
Pn. Emelia binti Min, Pegawai Akademik dari Pejabat Pelajaran Daerah Gombak menyampaikan ceramah sempena SMART 5A
Pn. Asiah, Guru Penolong Kanan HEM dan Pn. Alina sedang menjaga kaunter pendaftaran untuk SMART 5A
PROGRAM SMART 5A YANG DIANJURKAN OLEH BIMBINGAN KAUNSELING PADA 7 JULAI 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.