SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Selasa, 16 April 2013

Program Gotong-Royong Perdana 2013

 Pondok bacaan yang telah siap dibina di kantin sekolah. Terima kasih kepada semua ibu bapa  dan PIBG yang telah menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan dan tenaga.


YDP PIBG juga turut mengecat tiang dewan sekolah

Para ibu bapa turut bertungkus lumus mengecat tiang dewan

Terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi bersama-sama menceriakan sekolah

Para guru dan AJK PIBG turut membantu menyiapkan pondok bacaan di kantin sekolah.



Program Gotong-Royong Perdana 2013 diadakan pada 13 April 2013 pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Objektif Program Gotong-royong ini diadakan untuk:
 *Menceriakan setiap tangga koridor sekolah dan tiang dewan.
 *Mendidik murid-murid tentang pembasmian pembiakan nyamuk Aedes secara   bijak.
* Membina pondok bacaan di kantin
*Mengeratkan ukhuwah dan perpaduan antara murid, guru, anggota pentadbir  dan masyarakat.
*Menyemai ikatan kasih sayang, keprihatinan dan sokongan padu 
 masyarakat kepada institusi sekolah.          
 *Menterjemahkan ikatan kekeluargaan, perpaduan dan kemesraan 
   dalam kalangan masyarakat dan akan  membantu negara 
   melahirkan masyarakat sihat dan selamat.
* Melahirkan murid yang sentiasa bersedia melakukan amalan-
  amalan murni untuk agama, bangsa dan negara. 

Gotong-royong yang telah diadakan pada 13 April 2013

Antara AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir semasa program gotong-royong. terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa murid yang hadir bagi memeriahkan program.
Guru penolong kanan HEM turut membantu membersihkan longkang untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes

AJK PIBG- En. Izat Amer menyampaikan taklimat tentang pembahagian tugas untuk program gotong-royong.
Guru-guru pelatih sedang melukis mural pada dinding pendidikan Khas




Ahad, 14 April 2013

Lawatan ke Kidzania, kuala Lumpur

Lawatan ke Kidzania, Kuala Lumpur diadakan pada 4 April 2013
Murid-murid berkumpul di Anjung Amanah untuk mendengar taklimat sebelum bertolak ke Kidzania, Kuala Lumpur

Murid-murid diberi wang untuk bekerja di Kidzania

Ada murid-murid yang berminat dengan kerjaya sebagai jurutera

Ada juga murid yang berminat dengan kerjaya sebagai doktor

Ada juga murid yang berminat dengan kerjaya sebagai ahli bomba dan anggota polis

Simulasi kerjaya sewaktu kebakaran antara pihak bomba, polis dan wartawan

Ada juga murid yang berminat dengan kerjaya sebagai pelukis

Ada juga kerjaya sebagai hakim dan peguam

cara menghasilkan vitamin

Cara membuat burger

Selasa, 2 April 2013

Lawatan ke Zoo Negara

Murid-murid begambar bersama haiwan di Zoo Negara pada 23 Mac 2013

Murid-murid tidak sabar-sabar menunggu pertunjukan haiwan



Murid-murid bergambar di hadapan pintu masuk Zoo Negara


Antara guru yang terlibat untuk mengiringi murid-murid

Pertunjukkan anjing laut

lawatan murid-murid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.