SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

PERKHIDMATAN

WAKTU PERKHIDMATAN
 
Isnin - Jumaat : 7.30 pagi hingga 6.30 petang
Sabtu : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

KEAHLIAN
Ahli : Pelajar-pelajar, guru-guru dan semua kakitangan SK Taman Desa 2



PERATURAN SEMASA DI PSS
  • Pelajar diwajibkan memakai uniform sekolah.
  • Pelajar dikehendaki berbaris di luar PSS jika mengunjungi PSS bersama guru pengiring.
  • Pengguna dilarang membawa masuk beg.
  • Pengguna dilarang membawa masuk buku-buku rujukan sendiri kecuali buku nota dan alat tulis sahaja.
  • Pengguna perlu merekod penggunaan PSS di dalam buku rekod penggunaan PSS yang berkaitan.
  • Pengguna dilarang membuat bising semasa berada di PSS.
  • Pengguna diminta menyusun meja dan kerusi dalam keadaan teratur sebelum meninggalkan PSS.
  • Pengguna dilarang membawa keluar peralatan PSS tanpa kebenaran guru atau pengawas bertugas.
  • Pengguna dilarang merosakkan buku dan peralatan di PSS.
  • Pengguna dilarang makan dan minum di PSS.
  • Pengguna diminta memberikan kerjasama yang baik kepada guru dan pengawas PSS.
  • Guru dan pengawas PSS berhak meminta pengguna yang tidak mematuhi peraturan meninggalkan perpustakaan.
  • Gagal mematuhi peraturan PSS - Tindakan disiplin akan dikenakan
PERATURAN SEMASA KECEMASAN
  • Dengar dan ikut arahan yang diberikan oleh guru bertugas.
  • Tinggalkan semua buku dan peralatan di atas meja.
  • Keluar dengan kadar segera dan berhati-hati.
  • Ikut laluan kecemasan yang terdapat pada Peta Laluan Kecemasan PSS di hadapan pejabat PSS.

PELAN LALUAN KECEMASAN 







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.