SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Selasa, 12 Jun 2012

Visi dan Misi





VISI PSS
Mewujudkan warga sekolah yang berilmu dengan sahsiah yang seimbang, berfikiran kreatif dan inovatif melalui sikap suka membaca dan meneroka sumber informasi
MISI PSS
  •  Melengkapkan PSS dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi
  •  Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti
  •  Mengintegrasikan PSS dengan media berteknologi tinggi
  •  Insan yang berinformasi
  •  Mencanai minda yang bestari
  •  Membentuk warga sekolah yang berkualiti

OBJEKTIF PSS
  • Mewujudkan kecemerlangan pendidikan di sekolah
  • Menggalakkan penggunaan kemudahan PSS 
  • Pemupukan tabiat belajar pelajar di sekolah 

SELAYANG PANDANG
 
Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah sebuah pusat yang dilengkapi dengan bahan cetak, peralatan dan kemudahan sebagai bantuan atau sokongan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk individu dan kumpulan.
 
     PSS merupakan satu gedung ilmu pengetahuan di mana individu atau kumpulan dapat mencari, memperkaya dan mempertinggi pengalaman dan pengajian. PSS juga merupakan agen perubahan dalam sesebuah sekolah ke arah perkembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan.

    PSS juga merupakan satu sistem yang dinamis dan praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kerana PSS memberikan peluang dalam perkhidmatan yang mencapai aktiviti-aktiviti seperti membaca, menyebut, menulis,  menyelidik, berbengkel, mengulangkaji serta membuat rujukan secara terpimpin  atau bersendirian.

    PSS yang berkesan dilengkapkan dengan koleksi bahan-bahan buku dan bukan buku. PSS juga menyediakan bahan-bahan kemudahan untuk kegiatan rekreasi seperti buku-buku fiksyen, majalah-majalah, suratkhabar dan permainan-permainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.