Terdapat beberapa bilik
dibekalkan seperti Pejabat Guru Perpustakaan dan Media/Bilik kerja, Bilik
APD,Bilik BBM dan juga Ruang Pusat Sumber yang disediakan pelbagai sudut di
dalamnya. Sudut-sudut seperti Sudut Sirkulasi,Sudut Karel.Sudut Rempah
Ratus,Sudut Permainan Dalaman,Sudut Pameran,Sudut Akhbar,Pondok Ilmu dan
lain-lain lagi sudut-sudut yang membolehkan para pelajar,guru-guru dan juga
kakitangan SKTD2 Rawang menggunakannya.Sudut Rujukan juga terdapat di dalam PSS
ini untuk kemudahan kemudahan
rujukan para pelajar,guru-guru dan kakitangan SKTD2 mencari bahan-bahan rujukan
yang diperlukannya. Di samping itu juga, kemudahan-kemudahan yang lain seperti
kerusi, meja, rak buku, kaunter, almari kabinet, peti cadangan, almari, rak
majalah, karel, setti, papan putih, rak kad pinjaman juga telah diterima untuk
melengkapkan bilik-bilik di dalam pusat sumber sekolah ini.
Setiap jawatankuasa dari segi organisasi
jawatankuasa induk, kerja dan pelajar telah ditubuhkan bagi melicinkan
pentadbiran dan pengurusan pusat sumber ini, setiap guru dan pelajar
bersama-sama untuk membangunkan pusat sumber sekolah SKTD2.
Bahagian Luar PSS
Sudut- sudut dalam PSS
AKTIVITI PUSAT
SUMBER SEPANJANG TAHUN
- Program Orientasi Tahun 1
- Program NILAM / Modul PSS
- Program Drop Everything And Read (DEAR)
- Pohon NILAM
- Perlantikan AJK Pustakawan /wati
- Program Derma 1 murid 1 Buku
- Aktiviti Gotong-Royong
- Kursus Kepimpinan
- Promosi dan pameran bahan-bahan PSS
- Minggu Panitia
- Karnival Pusat Sumber
- Anugerah NILAM setiap 3 bulan sekali dan akhir tahun
- Bulan Pusat Sumber
- Bulan Kemerdekaan