SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Ahad, 17 Jun 2012

PIBG




MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE – 12
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA 2,BANDAR COUNTRY HOMES
48000 RAWANG,SELANGOR DARUL EHSAN



Tarikh                          :           15 Februari 2014
Hari                             :           Sabtu
Masa                            :           08:30 pagi
Tempat                        :           Dewan Persada Budaya,SK Taman Desa 2.
Kehadiran                   :           291 orang (rujuk lampiran)
Dirasmikan oleh          :           Yang Berbahagia Prof Madya Dr Sazili Sahibi
                                                Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia.


1.0 Ucapan Cik Aminah Binti Said ( Guru Besar ∕Penasihat PIBG SKTD2)

            1.1       Mengucapkan selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua guru dan                                ibubapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke -12 ini.

            1.2       Mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Sazili                                   Sahibi kerana sudi meluangkan masa hadir ke mesyuarat PIBG pada hari ini.

            1.3       Mengucapkan tahniah kepada bekas pelajar UPSR 2013, Selamat maju jaya dan                             terus cemerlang pada masa hadapan.

            1.4       Mengharapkan semua ibu bapa dan guru bekerjasama untuk kecemerlangan anak-                          anak.   

            1.5       Menyeru semua ahli supaya meningkatkan peranan masing-masing terutamanya                              dalam Sarana Ibu Bapa. . PIBG perlu bertindak  proaktif bagi meningkatkan                                  pencapaian anak-anak dari pelbagai segi terutamanya akademik,  kokurikulum                           dan sahsiah . Kejayaan yang dicapai tidak akan bermakna jika seseorang itu                                  mempunyai sahsiah yang buruk.

            1.6       Kajian TIMMS dan PISA menunjukkan negara kita adalah dikedudukkan 1∕3 di                            bawah. Oleh itu kerajaan telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan PPPM                              2013 -2025 untuk meningkat kedudukan negara kita di mata dunia agar setanding                                dengan negara-negara lain di dunia ini..

            1.7       Murid-murid yang belum menguasai 4M menulis, membaca, mengira dan                                        menaakul akan diletakkan di bawah Program Linus Literasi dan Numerasi untuk                            mencapai kemahiran murid-murid.

            1.8       Meminta ibu bapa sentiasa memantau anak-anak semasa di rumah terutamanya                               memastikan anak-anak menyiapkan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru.                             Ibu bapa perlu menyedari bahawa kerja rumah yang diberikan oleh guru itu sangat                penting untuk disiapkan oleh murid agar mereka faham apa yang telah diajar oleh                          guru semasa di sekolah. Banyaknya atau sedikit kerja rumah yang diberikan itu                                   tidak bermakna jika murid tidak menyiapkannya.
           
            1.9       Guru-guru dan  ibu bapa  perlu mempunyai ilmu yang secukupnya tentang                          Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi merealisasikan Wawasan Negara.


            1.10     Sekolah telah dibekalkan dengan rangkaian internet 1Bestarinet dan Chromebook                          supaya pengajaran dan pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi  dapat                         dijalankan dengan lebih berkesan. Ibu bapa diharapkan dapat memantau                                              penggunaan internet anak-anak di rumah agar mereka sentiasa berada di landasan                                 betul semasa melayari internet.


2. 0      Ucapan En. Rohaizat Bin Abdul Jalil ( Yang Dipertua PIBG SKTD 2)
            2.1       Mengucapkan selamat datang kepada semua guru khususnya ibu bapa yang sudi                            hadir ke mesyuarat PIBG kali ini.

            2.2       Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang telah bertungkus                          lumus mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk menjayakan semua aktiviti                              dan program sebagaimana yang telah dirancang.

            2.3       Menyatakan tentang keputusan UPSR, jumlah murid yang dapat 5A kurang                                   berbanding tahun sebelumnya akan tetapi prestasi sekolah meningkat. Beliau                                  berharap kita mencapai prestasi yang cemerlang.

            2.4       Mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Sazili Sahibi kerana                              sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat PIBG pada hari ini.

            2.5       Meminta maaf segala kekurangan dalam menjalankan tugas PIBG. Segala                                      masalah dan cadangan boleh dibincangkan bersama.


3.0       Ucapan Perasmian oleh Prof. Madya Dr. Sazili SahibiNasir B. Hj Ibrahimb.mbahan dan i
            3.1       Mengucapkan lafaz Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua    yang    hadir pada hari ini. Ucapan salam juga daripada YB Abdul Syukur         yang tidak       dapat hadir merasmikan mesyuarat ini. Beliau mengucapkan   tahniah kepada ibu      bapa yang hadir untuk mengetahui perkembangan dan aktiviti sekolah.
            3.2       Mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir    bersama-sama memberikan komitmen kepada pihak sekolah untuk membincangkan sebarang masalah dan mencari jalan penyelesaian.
            3.3       Sokongan dan sumbangan ibu bapa juga perlu bagi menjayakan semua aktiviti        yang telah dirancang oleh  pihak sekolah.
            3.4       Kehadiran ibu bapa dalam menjayakan mesyuarat Agung ini merupakan kejayaan sekolah bagi merealisasikan apa sahaja yang telah dirancang untuk kebaikkan      anak-anak kita.
            3.5       Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional ada tercatat peranan ibu bapa      dalam melahirkan kejayaan anak-anak. Sokongan ibu bapa itu merupakan peranan       yang cukup besar. Maka ia amat-amat diperlukan.Pelan Pembangunan Pendidikan   Nasional memastikan anak-anak kita bersaing antara satu sama lain dalam 6     segi.Antara 6 segi tersebut melibatkan beberapa kemahiran
                        3.5.1    Kemahiran memimpin – Memimpin diri
                        3.5.2    Kemahiran berfikir
                        3.5.3    Berpengetahuan –Tahu dan faham
                        3.5.4    Dwibahasa- Tahu pelbagai bahasa
                        3.5.5    Mengaplikasikan – Aplikasikan ilmu yang dipelajari
                        3.5.6    Semangat patriotisme-Semangat cintakan Negara
            3.6       Selain itu, untuk lebih membentuk budaya ilmu dalam diri pelajar-pelajar kita,        aktiviti membaca perlu dipertingkatkan. Buku-buku perlu         diperbanyakkan,          menambahkan  kemudahan pusat sumber dan guru perlu memaklumkan             pencapaian anak-anak murid kepada ibu bapa. Jika pembacaan masyarakat itu             rendah, maka pencapaian ilmu itu adalah kurang.Sebagai sebuah negara             membangun yang ingin mencapai negara maju, masyarakat perlu meningkatkan      amalan membaca.
            3.7       Kemahiran komunikasi juga perlu ada untuk anak anak supaya menjadikan             mereka lebih berani dan berkepimpinan. Apabila sikap kepimpinan itu ada, akan             terbina budaya sukarelawan dan tidak mementingkan diri sendiri. Ibu bapa perlu     didik anak-anak untuk menjadi pemimpin dan tidak mementingkan diri sendiri.
            3.8       Mengharapkan supaya mesyuarat dan pemilihan jawatankuasa kali ini akan             meneruskan dan boleh membangunkan akademik dan prasarana sekolah         dengan            kerjasama dalam menyelesaikan semua  permasalahan sekolah
           

            Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-12

4.0       Ucapan Yang Dipertua PIBG
            4.1       Memanjatkan kesyukuran kerana dapat berjumpa lagi pada Mesyuarat Agung         PIBG kali ke-12 pada hari ini.
            4.2       Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir ke mesyuarat ini bagi          berkongsi idea dan pandangan untuk meningkatkan lagi prestasidan kejayaan    anak-anak dari segi akademik
            4.3       Memaklumkan bahawa telah banyak pencapaian dan prasarana yang diperoleh       pada tahun lepas tetapi perlu ditingkatkan lagi pada tahun ini seperti dari segi            infrasuktur.
            4.4       Beliau memaklumkan pada mesyuarat ini beberapa pencapaian iaitu             Karnival Bacathon, dapat menaik taraf pusat sumber sekolah, membantu sekolah         dari      segi infrasuktur, membina pondok bacaan, menaiktaraf rangkaian saluran           internet, meletakkan beberapa buah penapis air di sudut bangunan sekolah.
            4.5       Bagi aktiviti akan datang, pihak PIBG bercadang membina pondok menunggu       untuk   murid-murid. Pihak Lafarge akan membantu membekalkan simen bagi       projek tersebut. Ia kesinambungan daripada hasil infrastuktur sekolah daripada tahun   lepas.
            4.6       Menaik taraf makmal komputer sekolah dengan menyediakan rangkaian internet    dan makmal komputer untuk memudahkan pelajar menggunakannya.
            4.7       Kelas tambahan untuk tahun 4 dan 5 juga dijalankan pada petang Sabtu.    Penerimaan menggalakkan pada awalnya tetapi kehadiran murid berkurangan    pada akhir tahun. Pihak sekolah hanya menyediakan kelas dan guru sahaja,                         selebihnya bergantung pada sokongan ibu bapa sama ada untuk meneruskan kelas        tambahan ini. Objektifnya untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah.
            4.8       Memaklumkan bahawa bilangan murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan        UPSR pada tahun lepas berkurangan, tetapi peratus        meningkat. Beliau memohon agar ibu bapa memberi komitmen serta membantu guru-guru untuk    meningkatkan kualiti serta kejayaan anak-anak dalam UPSR pada   masa hadapan.          Pada masa yang sama,  ibu bapa perlukan pengorbanan dari segi masa dan wang    ringgit  .
            4.9       Pengerusi memaklumkan bahawa masih terdapat 20% ibu bapa yang tidak 
            membayar Sumbangan  PIBG pada tahun lepas walaupun sumbangan itu antara     yang terendah jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain iaitu sebanyak     RM30 satu keluarga seperti yang telah diluluskan oleh pihak pendaftar. Tambahan pula pihak PIBG membenarkan ibu bapa membayar sumbangan             tersebut secara beransur-ansur.

            4.10     Untuk makluman, pihak sekolah juga telah menyambung semula kawalan lalu         lintas untuk murid-murid sekolah ini setelah tertangguh beberapa bulan. Ini       kerana tiada individu yang ingin menjadi pengawal lalulintas tersebut. Pihak     PIBG memperuntukkan  RM450.00 sebulan. Sekarang ini, kawalan lalu lintas    akan diteruskan seperti biasa .
            4.11     Memaklumkan bahawa setiap aduan tentang penjaja haram di perhentian bas di      hadapan  sekolah telah diambil tindakan.Beliau meminta ibu bapa supaya        menasihati       atau tidak memberikan wang berlebihan kepada anak-anak supaya anak-anak  tidak membeli makanan    ringan di situ. Pihak PIBG memaklumkan             telah menghantar surat kepada pihak Majlis Perbandaran Selayang.
            4.12     Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang banyak membantu dalam melaksanakan program PIBG ini.Beliau memohon agar ibu bapa memberikan         sedikit sumbangan dari segi tenaga atau wang ringgit.

5.0       Pengesahan minit dan pembentangan usul
            5.1       Pn Jamnah selaku setiausaha PIBG membentangkan minit Mesyuarat Agung kali                           ke -11 dari muka surat  8  hingga 15.
            5.2       Pengesahan minit mesyuarat.
                        Pencadang: Antari b Mohd Nor
                        Penyokong : Norhayati bt Alias

            5.3       Perkara berbangkit
                        5.3.1    En Ismail bin Husin mengusulkan agar kehadiran ahli pada mesyuarat                                            yang lepas dilampirkan dalam minit mesyuarat untuk memudahkan                                                 mengesahan minit mesyuarat.
                                    - YDP menyatakan perkara tersebut akan dilaksanakan pada minit                                                      mesyuarat akan datang.

            5.4       Tiada perkara berbangkit lain yang dibangkitkan.


6.0       Membentangkan dan menerima laporan aktiviti PIBG 2013 oleh setiausaha.

            6.1       Setiausaha membentangkan laporan tahunan aktiviti PIBG 2013 di halaman                                   16, 17        dan 18.

            6.2       Pengesahan laporan aktiviti 2013
                        Pencadang       : En. Mohd Syamsul Rizal bin Saad
                        Penyokong      : En. Ismail

7.0       Membentang dan menerima penyata kira-kira oleh Bendahari.

            7.1       Bendahari PIBG membentangkan laporan penyata kira-kira dihalaman 20   hingga                                     24.

            7.2       En. Ismail meminta penjelasan tentang penerimaan duit Ceriathon sebanyak                                   RM20.00 (ms 22).

            7.3       Bendahari menjelaskan bahawa SKTD2 pernah membuat program Ceriathon pada                         2011 dan terdapat kad kutipan yang baru dipulangkan oleh murid pada tahun                                2012 yang mana jumlah kutipannya adalah RM20.00.

            7.4       YDP menambah bahawa akaun Ceriathon telah ditutup dan duit tersebut telah                               dimasukkan ke dalam akaun Bacathon.

            7.5       Wakil ibu bapa bertanya tentang perbelanjaan pengangkutan bas ke LCCT dan                               pengangkutan  ke perkhemahan PPKI di Lembah Genting (ms 22).

            7.6       Ustaz Zaidi menjelaskan bahawa bayaran tersebut dibuat menggunakan duit                                  yang dikumpul daripada pihak-pihak swasta tanpa menggunakan duit PIBG.

            7.7       Wakil ibu bapa mohon penjelasan tentang bayaran kepada pihak News Straits                                Times (NST) sebanyak RM4,557.70

            7.8       En. Halid menjelaskan bayaran dibuat untuk langganan akhbar Didik Berita                                   Harian bagi murid tahun 6 pada setiap hari isnin.

            7.9       En. Azham minta diterangkan tentang bayaran upah merekod data (ms22).

            7.10     YDP menerangkan bahawa Pusat Sumber Sekolah telah mendapat sumbangan                               buku yang banyak daripada pelbagai pihak dan setiap buku tersebut perlu                                       direkodkan dalam sistem Automasi PSS. Oleh itu, pihak sekolah telah memohon                                   PIBG untuk melantik dan mengupah pihak-pihak tertentu untuk merekodkan                           buku- buku tersebut. Bayaran dibuat berdasarkan jumlah buku yang telah                                               direkodkan iaitu RM0.20 bagi sebuah buku.

            7.11     En. Rizal bertanya tentang nombor 19 dan 20 yang tertera bersebelahan                                          bayaran kepada pengusaha permainan dan tuntutan bayaran balik deposit                                       kebersihan. (ms 24).

            7.12     YDP menjelaskan cara membaca penyata dengan menerangkan setiap nombor                                yang tertera adalah nota perincian kepada penyata kewangan. (rujuk ms 24-28)

            7.13     Pengesahan Pembentangan Belanjawan 2013
                        Pencadang       : En. Zainudin bin Sabri
                        Disokong sebulat suara.



8.0       Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG 2014/2015

            8.1       YDP mencadangkan En. Ab. Halid menjadi Pengerusi sementara pemilihan AJK                           PIBG.
                        Disokong sebulat suara.

            8.2       Pemilihan YDP PIBG
                       
                        8.2.1    En. Rohaizat b Abdul Jalil
                                    Pencadang       : En. Hisyamuddin b Bahari
                                    Penyokong      : En. Ismail b Hashim
           
                        8.2.3    En. Misrul b Rafie
                                    Pencadang       : En. Riduan
                                    Pentokong       : En. Roshadi b Rosli

                        8.2.3    En. Hisyamuddin b Bahari
                                    Pencadang       : Ustaz Zaidi
                                    Penyokong      : Wakil ibu bapa

                                    Undian :

                                    1. En. Rohaizat b Abdul Jalil                          31
                                    2. En. Misrul b Rafiei                                      45
                                    3. En. Hisyamuddin b Bahari                      63

            8.3       Pemilihan Naib Pengerusi PIBG

                        8.3.1    Pencadang - En. Ismail mencadangkan En. Misrul terus dilantik sebagai                                         Naib Pengerusi PIBG.

                        Disokong sebulat suara.

            8.4       Perlantikan AJK ibu bapa bagi tahun 2014/2015.

           
                        8.4.1    En. Mohd Husni
                                    Pencadang : Ustaz Mohamad Zaidi bin Asmawi
                                    Penyokong : Sebulat suara     


                        8.4.2    Tn Hj. Ismail bin Hashim
                                    Pencadang : En Izzat Amir b.Fadzilah
                                    Penyokong : Sebulat suara



                        8.4.3    En. Rohaizat bin Abdul Jalil
                                     Pencadang : Pn Norhayati
                                     Penyokong : En Athari

                        8.4.4    En Zainudin bin Hussain
                                    Pencadang : En Rohaizat b Abd Jalil
                                    Penyokong : En.Syamsul Rizal


                        8.4.5    En. Abd Razak
                                    Pencadang :  Pn Zairani binti Omar
                                    Penyokong :  Pn Roziah

                       
                        8.4.6    Pn. Roziah bt Abdullah
                                     Pencadang : En Mohd Yusoff bin Zoelkefli
                                    Penyokong : Sebulat suara


                        8.4.7    Pn. Zaiton mencadangkan cadangan ditutup.
                                    Disokong sebulat suara.         
                       







            8.5       En Halid mengumumkan secara rasminya mengumumkan En.Hisyamuddin                                    bin  Bahari sebagai YDP PIBG baharu bagi tahun 2014.





AHLI JAWATANKUASA PIBG
TAHUN 2014

PENASIHAT
CIK AMINAH BT SAID

YANG DIPERTUA PIBG
EN.HISYAMUDDIN BIN BAHARI

NAIB YANG DIPERTUA PIBG
EN.MISRUL RAFIEI


SETIAUSAHA
PN.JAMNAH BT ZOLKEFLI

BENDAHARI
PN NURUL FAIZAH BINTI BAHRULLAH




AJK GURU
AJK IBU BAPA
1.PN SITI SARAH BINTI ROSNI
2.EN MOHD SYAMSYUL RIZAL BIN SAAD
3.PN LEHAH A/P KANNA PODUVAL
4.MOHAMAD FAIZ BIN ABD GHANI
5. PN NORHAYATI BINTI ABDUL HAMID
1.EN MOHD HUSNI
2.EN ISMAIL B.HASYIM
3.EN ROHAIZAT B.ABDUL JALIL
4.EN ZAINUDIN B.HUSAIN
5.EN ABD RAZAK
6.PN ROZIAH BT ABDULLAH
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1
PN SITI NOORASAHKIN BINTI MD.NOOR
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
EN IZAT AMIR B.FADZILLAH




9.0       Membincangkan dan menerima usul ibu bapa
            9.1       Membina jejantas di hadapan sekolah
                        YDP PIBG  mamaklumkan bahawa usul ini adalah usul baru dan akan                                            dibincangkan   lebih lanjut. Berkaitan isu sebelumnya, berkenaan membina lampu                           isyarat di hadapan sekolah telah dipanjangkan perbincangan bersama pihak                            MPS. Walau bagaimanapun,             ianya tidak dapat dilaksanakan kerana jalan raya di                           hadapan SKTD2 adalah jalan pintas             utama yang berdekatan dengan simpang dan                                     bulatan.
            9.2       Menyediakan pengawal lalu lintas
           
                        YDP PIBG memaklumkan isu ini telah pun diselesaikan dan sekarang pengawal                            tersebut telah pun bertugas sejak dari bulan Januari dengan kadar bayaran                                       sebanyak RM 750 dengan tiga kali sesi jagaan iaitu pagi, tengahari dan petang.

            9.3       Memperbaiki garisan kuning di laluan pejalan kaki di hadapan sekolah.
           
                        YDP PIBG memaklumkan beliau telah menulis surat kepada MPS dan                                           memaklumkan perkara ini.

            9.4       Membuat bonggol pada jalan di hadapan sekolah.
           
                        YDP PIBG memaklumkan bonggol telah pun dibuat, cuma jaraknya agak jauh                               antara bonggol pertama dan kedua. Ianya juga akan dicat garisan kuning semula.

            9.5       Mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada hari Ahad.
           
                        YDP PIBG telah meminta pandangan para guru dan majoriti tidak setuju dengan                           usul ini.

            9.6       Peniaga haram yang berniaga di perhentian bas di hadapan sekolah.
           
                        YDP PIBG memaklumkan beliau telah menghantar surat kepada MPS                                            memaklumkan hal ini. Namun, sebagai ibu bapa juga perlu memantau anak-                                    anak dan menasihati mereka       supaya tidak membeli barang-barang yang dijual                               terutamanya makanan ringan dan pelbagai permainan yang tidak bermanfaat.

            9.7       Mengadakan pondok menunggu di dalam kawasan sekolah berhampiran dengan                            pondok jaga bagi pelajar yang menunggu ibu bapa yang lewat sampai.
           
                        YDP PIBG memaklumkan akan melaksanakan program Gotong Royong Perdana                          dan berharap para ibu bapa dapat hadir untuk sama-sama menyimen lantai yang                                    licin dan berlubang, membina pondok, menutup lubang-lubang longkang yang                                  bahaya. Pihak PIBG juga telah meminta sumbangan daripada Syarikat Lafarge.

            9.8       Lantai licin di pintu masuk sekolah (laluan pejalan kaki)
           
                        YDP PIBG memaklumkan jawapan seperti di atas.

            9.9       Membina bumbung antara sekolah dan perhentian bas dan membuat bumbung                                dari kedai buku hingga ke tangga masjid.

                        YDP PIBG memaklumkan jawapan seperti di atas.

            9.10     Penutup longkang besar sebelah perhentian bas perlu ditutup, ia membahayakan                             murid- murid.

                        YDP PIBG memaklumkan jawapan seperti di atas.

            9.11     Kawasan depan perhentian bas perlu dikosongkan pada tengahari Jumaat.
           
                        YDP PIBG memaklumkan perkara ini akan dibincang bersama dengan penjaga                              lalu lintas.

            9.12     Meletakkan satu lampu isyarat untuk memudahkan murid-murid melintas ke                                   seberang jalan.
           
                        YDP PIBG memaklumkan perkara ini telahpun terjawab semasa perkara                                         berbangkit tadi.

            9.13     Mengadakan kelas tambahan bagi murid tahun 4,5 dan 6 serta kelas tambahan                                untuk   pelajar OKU sebagai persediaan untuk UPSR.

                        YDP PIBG memaklumkan bahawa ibu bapa kurang beri komitmen untuk                                       menghantar anak ke kelas tambahan ini berdasarkan pengalaman pada tahun                                   lepas dari 6 kelas hanya tinggal 1 kelas. Beliau meminta persetujuan daripada                            majoriti ibu bapa jika ingin meneruskan kelas tambahan pada tahun ini.

                        Puan Guru Besar memaklumkan bahawa Kelas Bimbingan bagi murid Tahun 6                               telah dilaksanakan seteleh mendapat kata sepakat dari ibu bapa semasa Majlis                                Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru-Guru Tahun 6. Melalui permuafakatan itu ibu                           bapa sebulat suara bersetuju untuk menyumbangkan RM200 untuk semua aktiviti                                   yang dijalankan untuk kecemerlangan akademik Tahun 6 di mana sumbangan                                   boleh dibayar secara beransur-ansur sebelum bulan Ogos 2014.
                        Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk membenarkan sumbangan tersebut                             dilaksanakan dan dimasukkan ke dalam akaun PIBG.

                        YDP PIBG memaklumkan sebanyak RM 10 untuk pendaftaran kelas tambahan                             dan RM50 sebulan akan dikenakan bagi yuran kelas tambahan murid Tahun 4 dan                    5.

                        PK Pendidikan Khas (En. Zaidi) memaklumkan kelas tambahan bagi murid OKU                          yang akan mengambil UPSR telah dilaksanakan pada hari Isnin hingga Khamis.                             Bagi murid Masalah Pembelajaran kelas tambahan pada hari Isnin – Khamis dan                                   Sabtu menggantikan   hari Jumaat bermula jam 1-2 petang mengikut kemampuan                                  murid. 3 murid OKU yang berada di arus perdana terpulang kepada ibu bapa                            mereka.

                        Semua ibu bapa yang hadir bersetuju sebulat suara untuk mengadakan kelas                                   tambahan Tahun 4 dan 5 berbayar sebanyak RM10 untuk pendaftaran dan RM50                          untuk yuran bulanan. 

            9.14     Menyediakan tempat khas untuk bas dan van sekolah.

                        YDP PIBG memaklumkan perkara ini di luar bidang kuasa PIBG.

            9.15     Pihak PIBG dapat memantau murid-murid yang ponteng sekolah.

                        YDP PIBG memaklumkan kepada para ibu bapa supaya sama-sama dapat                                      memantau anak-anak dan menasihati mereka.

            9.16     Menyediakan locker untuk disewa kepada ibu bapa bagi tujuan menyimpan buku                          anak-anak.

                        YDP PIBG memaklumkan cadangan ini akan dibincangkan lebih lanjut.

            9.17     Sumbangan PIBG.
               YDP PIBG mengalu-alukan ibu bapa yang ingin menyumbang lebih yuran PIBG.                 Namun mesyuarat yang lepas telah memutuskan setiap satu keluarga hanya perlu                            membayar RM 30.00 walaupun mereka mempunyai empat orang anak yang                                bersekolah di sekolah tersebut. Sumbangan PIBG RM 30.00 boleh dibuat secara                              beransur-ansur. Semua ibu bapa yang hadir bersetuju sebulat suara akan                                                membayar sumbangan PIBG sebanyak RM30.00 sekeluarga bagi tahun 2014.




10.0     Hal-hal lain
            10.1     Tiada hal-hal lain yang dibincangkan.

11.0     Ucapan Penangguhan
            11.1     Ucapan  YDP PIBG sesi 2014/2015
                        11.1.1  Beliau mengucapkan salam kepada semua dan mohon semua warga                                                 SKTD, barisan AJK serta mantan AJK dan Ibu bapa dapat memberi                                               sokongan dan      kerjasama untuk menjayakan setiap program yang akan                                            dilaksanakan, terutamanya difokuskan kepada pencapaian akademik                                          murid-murid.
            11.1.2  Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 minit petang.

Disediakan oleh;                 Disemak oleh'                                                                       

                                                           
Jamnah binti Zolkefli                                                Hisyamuddin bi Bahari                                                            
Setiausaha PIBG                                                                 YDP PIBG                                                                                    SK Taman Desa 2.

AJK PIBG tahun 2013

YDP PIBG menyampaikan hadiah kepada murid yang mendapat 5A dalam UPSR

Murid-murid yang mendapat 5A menerima hadiah daripada PIBG

Guru Besar menyampaikan ucapan sebagai penasihat PIBG

En. Soon Beng Khoon, Penyelaras DUN Rawang merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan berbesar hati memberi sumbangan sebanyak RM1000 kepada PIBG



Mesyuarat PIBG yang telah diadakan pada 4 Februari 2013





MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-11
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA 2, BANDAR COUNTRY HOMES
48000 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN


Tarikh : 2 Februari 2013
Hari   : Sabtu
Masa : 08:30 pagi
Tempat : Dewan Persada Budaya, ST Taman Desa 2.
Kehadiran : 227 orang
Dirasmikan oleh : En. Soong Beng Khoon, Penyelaras Dun Rawang.


1.           Ucapan En. Rohaizat Bin Abdul Jalil  (Yang Dipertua PIBG SKTD 2)

1.1      Mengucapkan  selamat datang kepada semua guru khususnya ibu bapa yang sudi hadir ke mesyuarat PIBG kali ini.
1.2    Mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa PIBG yang telah bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga untuk menjayakan semua aktiviti dan program sebagaimana yang telah dirancang.
1.3  Mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik semua murid dalam pelajaran dengan cemerlang dan berusaha mempertingkatkan akademik murid di sekolah.
1.4     Pada tahun lalu banyak program seperti keusahawanan dan sebagainya telah dijalankan dan mendatangkan keuntungan dan kejayaan yang besar kepada pihak sekolah. Akan tetapi apa yang dapat dilihat sokongan daripada ibu bapa terhadap program tersebut agak kurang.
1.5   Diharapkan kepada semua ibu bapa dapat memberikan sokongan dan sumbangan dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit untuk menjayakan setiap program yang diadakan selepas ini.
1.6     Sebelum ini juga sekolah telah mengadakan program keceriaan tandas, dan mendapat sokongan baik dari semua pihak dan tandas sekolah sekarang lebih cantik dan terjaga dengan baik.
1.7  Justeru itu penting bagi semua guru dan juga ibu bapa mendidik anak-anak supaya menjaga tandas yang ada dengan baik.
1.8     Perkara penting yang perlu ditekankan disini tentang displin anak-anak itu sendiri, sekiranya disiplin dan sahsiah perilaku anak itu baik, maka mereka akan menjadi pelajar yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab atas semua perkara.
1.9    Mengenai bayaran wang yang perlu dibayar oleh ibu bapa, semua ibu bapa hendaklah membayar sebanyak mana yang telah ditetapkan. Adalah tidak adil bagi mereka yang tidak membayar yuran, tetapi  yuran mendapat kebajikan sama seperti murid yang membayar yuran.
1.10  Berkaitan masalah pengawal keselamatan lalu lintas, tahun sebelum ini sekolah kita telah ada seorang pengawal yang menjaga lalu lintas. Tetapi tahun ini sekolah belum ada pengawal untuk menjaga lalu lintas di hadapan sekolah. Jadi mohon kerjasama daripada para ibu bapa untuk mencari jalan penyelesaian demi keselamatan anak-anak yang bersekolah di sekolah ini.
1.11   Pada tahun ini mungkin tidak akan ada pemilihan jawatankuasa PIBG yang baru kerana kebiasaannya pemilihan jawatankuasa diadakan 2 tahun sekali.
1.12  Mengharapkan jawatankuasa tahun ini memperbanyakkan lagi program berunsurkan akademik dan yang memotivasikan pelajar seperti menjemput pelajar alumni dari sekolah ini yang telah berjaya memberikan ceramah, lawatan ke sekolah berasrama penuh dan sebagainya.
1.13 Mengharapkan semua pihak memberikan sokongan dan sama-sama mencari idea dalam mesyuarat ini untuk mempertingkatkan prestasi akademik anak-anak juga sahsiah mereka.

2.    Ucapan Cik Aminah Binti Said  (Guru Besar / Penasihat PIBG SKTD 2)

2.1   Mengucapkan selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir ke mesyuarat ini.
2.2   Mengucapkan terima kasih kepada En. Soong Beng Khoon, Penyelaras Dun Rawang, kerana sudi meluangkan masa hadir ke mesyuarat PIBG pada hari ini.
2.3  Memaklumkan keputusan UPSR pada tahun lepas dari segi bilangan seramai 35 orang murid telah yang mendapat 5A. Keputusan tersebut agak merosot dari segi bilangan murid berbanding pada tahun sebelumnya, akan tetapi dari segi peratusan meningkat sedikit.
2.4   Mengharapkan semua guru tahun 6 dan ibu bapa sama-sama memikirkan jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini dan cuba meningkatkan prestasi akademik untuk tahun  ini.
2.5         Pada tahun ini juga pelbagai perancangan untuk murid tahun 6 telah dirancang dan ada juga yang telah dijalankan sekarang bagi tujuan meningkatkan prestasi akademik dan sebagai persediaan menhadapi UPSR.
2.6         Kelas tambahan akan diadakan bagi murid tahun 6 sebagaimana telah dijalankan tahun sebelum ini. Harapan supaya semua pelajar menghadirkan diri setiap kali kelas tambahan dan ibu bapa juga sama-sama mengorbankan masa untuk anak yang berada di tahun 6.
2.7         Yuran yang telah ditetapkan bagi pelajar tahun 6 iaitu sebanyak RM180.00 adalah untuk kegunaan aktiviti akademik dan bahan yang digunakan untuk program tahun 6. Diharapkan tidak ada pertikaian dari mana-mana pihak mengenai penggunaan wang tersebut kerana jawatankuasa program menggunakan wang tersebut kesemuanya untuk aktiviti pelajar yang berada di tahun 6 semata-mata.
2.8         Mengharapkan semua ibu bapa memberikan pendapat dan sama-sama membincangkan sekiranya ada masalah anak-anak di sekolah ini. Dan mengharap semua pihak sama-sama membantu menyumbangkan idea bagi meningkatkan prestasi sekolah.




3.   Ucapan Perasmian oleh En. Soong Beng Khoon (Penyelaras Dun Rawang)

3.1    Mengucapkan selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua yang hadir padahari ini. Terima kasih atas jemputan untuk hadir merasmikan  mesyuarat kali ini.
3.2     Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir bersama-sama memberikan komitmen kepada pihak sekolah untuk membincangkan sebarang masalah dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.
3.3  Mengucapkan tahniah kerana sekolah ini berjaya menjalankan pelbagai program sebelum ini dan diharap selepas ini program yang telah dilaksanakan dengan jayanya dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
3.4  Sokongan dan sumbangan ibu bapa juga perlu bagi menjayakan semua aktiviti yang telah dirancangkan pihak sekolah.
3.5    Kerajaan pusat bukannya tidak menyediakan peruntukan, tetapi telah memperuntukan dana khas yang akan disalurkan kepada semua sekolah bagi membantu menjalankan program di sekolah.
3.6 Mengharapkan supaya semua ibu bapa dapat membincangkan sebarang masalah sama-sama mencari jalan bagi mempertingkatkan prestasi sekolah dalam semua aspek terutamanya akademik pelajar sekolah ini.
3.7 Beliau menyumbangkan sebanyak RM1,000 kepada PIBG untuk menambahkan dana PIBG bagi mengadakan pelbagai aktiviti untuk sekolah.

4. Sarana Ibu Bapa oleh En. Mohd Zaidi
4.1 Sarana bermaksud sesuatu yang dapat digunakan untuk kepentingan   anak-anak atau suatu inisiatif yang diberi untuk pembelajaran anak-anak dengan membantu pihak sekolah dalam merencanakan sesuatu aktiviti atau program.
4.2 Sebanyak 7723 buah sekolah yang terlibat dalam taklimat ini. Dengan bantuan ibu bapa murid seramai 1520 orang dapatlah membantu pihak sekolah untuk kecemerlangan anak-anak.
4.3 Contohnya ibu bapa boleh menyarankan dan membantu pihak sekolah dalam memberi sumbangan untuk membuat bumbung di tapak perhimpunan, kekalkan pengawal lalu-lintas, mengadakan kelas lebih kondusif untuk keselesaan anak-anak.
4.4 Ibu bapa perlulah kemukakan cadangan untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak di dunia dan di  akhirat.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 11

4.        Ucapan Yang Dipertua PIBG

4.1         Memanjatkan kesyukuran kerana dapat berjumpa lagi pada mesyuarat PIBG kali ke- 11 pada hari ini.
4.2         Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir ke mesyuarat ini bagi berkongsi idea dan pandangan untuk meningkatkan lagi prestasi dan kejayaan anak-anak dari segi akademik.
4.3         Mengucapkan terima kasih juga kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru serta semua AJK PIBG dan wakil ibu bapa kerana berungkus lumus dalam menjayakan majlis ini.
4.4         Memaklumkan bahawa telah banyak pencapaian yang telah diperoleh pada tahun lepas tetapi perlu dipertingkatkan lagi pada tahun ini seperti dari segi infrastruktur.Contohnya pada tahun lepas telah diadakan program peningkatan kebersihan tandas Ucapan terima kasih kepada pihak ibu bapa kerana turut menjayakan program tersebut sehingga berjaya.
4.5        Bagi pihak PIBG, beliau mengucapkan terima kasih kepada Encik Hanif kerana telah menyalurkan sumbangan bagi membina pentas di sekolah ini.
4.6         Memaklumkan juga pada tahun lepas, telah diadakan karnival keusahawanan dimana mendapat kerjasama daripada ibu bapa terutama dari segi dana bagi menjayakan karnival tersebut.
4.7         Menyatakan bahawa kini penumpuan diberikan kepada pusat sumber serta makmal komputer agar anak-anak lebih selesa serta mendapat manfaat daripadanya.
4.8         Memaklumkan bahawa pada tahun lepas, PIBG dapat menyediakan pengawal keselamatan lalu lintas tetapi pada tahun ini  tidak dapat menyediakan kemudahan tersebut, kerana mengalami kekurangan tenaga pekerja dan bukannya berpunca daripada masalah kewangan.
4.9         Memaklumkan kepada ibu bapa bahawa setiap bulan telah diperuntukkan sebanyak RM450.00 untuk bayaran pengawal keselamatan iaitu sejam RM5.00 (1 jam pagi, 2 jam tengah hari, 1 jam petang).
4.10      Meminta kerjasama ibu bapa agar memaklumkan kepada pihak PIBG sekiranya ada pihak yang ingin mengisi kekosongan jawatan tersebut. Pihak PIBG akan menghantar pengawal tersebut kepada JKJR bagi menjalani latihan.
4.11      Memaklumkan bahawa dari segi akademik bilangan murid yang mendapat 5A pada tahun lepas berkurangan.
4.12      Memohon ibu bapa memberi komitmen serta membantu guru-guru agar dapat meningkatkan kualiti serta kejayaan anak-anak dalam UPSR di masa hadapan. Pada masa yang sama ibu bapa memerlukan pengorbanan dari segi masa mahupun wang ringgit.
4.13      Memberi teguran agar dapat mengurangkan perbelanjaan untuk jamuan tetapi lebih menumpukan perbelanjaan kepada murid-murid dengan mendedahkan kepada program motivasi untuk kemajuan dan kejayaan anak-anak. Program ini perlulah bermula dari awal bukannya dari tahun enam sahaja.
4.14      Memaklumkan pada tahun lepas laluan pelajar iaitu laluan masjid dapat dipertingkatkan dari segi penambahbaikan jalan.
4.15      Memaklumkan struktur sekolah ini adalah untuk sekolah bestari, oleh itu pada waktu sesi petang suasana di kelas terlalu panas, oleh itu pihak PIBG telah menyediakan kipas untuk semua kelas.
4.16      Memaklumkan dari segi masalah disiplin, sekolah tidak mengalami masalah yang besar dan ianya masih terkawal. Memohon ibu bapa membantu serta mendidik anak-anak agar lebih berdisiplin contohnya cara menggunakan tandas dengan betul.
4.17      Menyatakan dalam zaman teknologi ini perlu diadakan Laman Web PIBG sendiri bagi memudahkan pihak PIBG dan ibu bapa berhubung mengenai anak-anak.
4.18      Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana memberikan komitmen yang tinggi serta jutaan terima kasih kepada sekolah dan AJK kerana banyak membantu dalam menjalankan tugas.

5.            Ucapan Guru Besar

5.1         Bersyukur dan berterima kasih kerana sama-sama hadir dan berkumpul untuk mesyuarat PIBG kali ini.
5.2         Berdasarkan  kehadiran yang sepatutnya seramai 293 yang akan hadir ke mesyuarat kali ini, akan tetapi kehadiran pada hari ini kurang daripada yang sepatutnya.
5.3         Untuk pengetahuan semua, sekolah ini adalah seramai 1523 orang termasuk 50 orang murid dari Prasekolah dan 93  orang murid dari Pendidikan Khas.
5.4         SKTD 2 merupakan sekolah yang istimewa kerana mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas iaitu masalah pendengaran dan masalah pembelajaran.
5.5         Murid di Pendidikan Khas telah mencapai seramai 93 orang. Bilangan guru yang sepatutnya ada seramai 18 orang, akan tetapi guru yang ada cuma 17 orang, jadi berlaku kekurangan seorang lagi guru.
5.6         Seorang guru Pendidikan Khas perlu mengajar jumlah pelajar tidak lebih dari 7 orang, tetapi sekarang guru terpaksa mengajar lebih dari 10 orang murid.
5.7         Sekolah juga kekurangan bilik darjah yang lengkap untuk Pendidikan Khas disebabkan hanya sekolah ini sahaja menyediakan program ini, jadi semua pihak tertumpu ke sekolah ini. PIBG boleh mencadangkan untuk menambahkan kelas lebih banyak lagi. Murid tahun 1 hingga 3 mengikuti KSSR, penilaian ke atas pelajar berasaskan PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
5.8         Semua mata pelajaran diajar dalam Bahasa Melayu kecuali Bahasa Inggeris, Bahasa Arab.
5.9         Sekolah juga menawarkan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, setakat ini hanya seorang guru Bahasa Cina dan seorang guru untuk Bahasa Tamil.
5.10     Tahap 2 tidak ditawarkan mata pelajaran Bahasa Tamil dan Bahasa Cina kerana tidak ada guru yang berkelayakan, tetapi boleh buka kelas POL (people own language) iaitu bahasa ibunda sekiranya ada permintaan di kalangan ibu bapa dengan syarat terdapat li 15 orang pelajar atau lebih dan dilaksanakan di luar waktu P&P.
5.11     Elaun akan diberikan kepada guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.
5.12     Dalam KSSR pelaksanaan dijalankan secara berterusan dan tidak ada peperiksaan. Pada dasarnya ia tidak digalakkan begitulah tetapi tidak  ada pekeliling mengenainya.
5.13     Perintis KSSR berada dalam tahun 3 dan pada tahun 2016 berada di tahun 6. 60% dari pusat dan 40% adalah penilaian berasaskan sekolah yang dinilai dari tahun 1.
5.14     Guru menyediakan dokumen penilaian mengikut kehendak ibu bapa.
5.15     Murid KSSR dinilai mengikut band bukan mengikut kelas dan penilaian diisi dalam sistem online SPBBS.
5.16     Tahap 2 tahun 4,5 dan 6 markah diisi dalam SAPS dan ibu bapa boleh membuka dan melihat markah anak mereka.
5.17     Di Prasekolah juga melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah.
5.18     Untuk tahun 4,5 dan 6 akan diadakan ujian 1 pada bulan Mac, peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei dan peperiksaan akhir tahun pada bulan Oktober.
5.19     Untuk makluman semua pada 19 Januari 2013 yang lalu telah diadakan Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru tahun 6. Ibu bapa dan guru yang hadir telah bersepakat untuk membuat kutipan yuran sebanyak RM180.00 bagi seorang murid dan boleh dibayar penuh atau beransur-ansur. Semua wang tersebut digunakan untuk aktiviti tahun 6.
5.20     Untuk program yang akan diadakan dalam masa terdekat ini ialah solat hajat dan bacaan Yassin yang akan diadakan pada 7 Februari ini. Semua ibu bapa dijemput hadir ke majlis tersebut.
5.21     Ucapan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang prihatin memberi sumbangan dana untuk pentas dan taman permainan Pendidikan Khas daripada dana yang dikumpul oleh Dato’ Khatijah Ibrahim dengan kutipan sebanyak RM16,000.00.
5.22     Terdapat kesilapan semasa awal persekolahan pada pembelian  kad 001. Kad tersebut hanya perlu dibeli sekali sahaja dan digunakan sehingga tahun 6. Jadi pelajar yang tersilap membelinya boleh memulangkan semula kad tersebut dan wang akan dikembalikan.
5.23     Berkaitan pemakanan, kantin sekolah telah menyediakan makanan yang sepatutnya. Pada tahun 2012 kantin sekolah ini telah mendapat pengiktirafan oleh pihak Kementerian Kesihatan Daerah Gombak dengan markah 96%  ke atas.
5.24     Berharap agar agar semua ibu bapa dapat memberi komitmen, sekiranya ada perkara yang ingin dibincangkan boleh dibincangkan nanti di dalam mesyuarat.

6.            Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Kali ke-10

6.1 Puan Jamnah selaku setiausaha PIBG membentangkan minit Mesyuarat Agung kali ke-10 di halaman 8 hingga 15.
6.2         Pengesahan minit mesyuarat.
         Pencadang         :         Pn. Zairani binti Omar
                 Penyokong         :         Pn. Norhashimah binti Rosdi

7.            Membentang dan menerima aktiviti tahun 2012

7.1 Pn. Jamnah selaku setiausaha PIBG membentangkan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2012 di halaman 16 dan 17.
7.2 Pengesahan aktiviti tahun 2012.
         Pencadang         :         Pn. Rohaya binti Abdul
         Penyokong         :         En. Mohd Husni bin Daud

8.            Membentangkan dan menerima penyata kewangan 2011

8.1 En. Zainudin membentangkan laporan kewangan PIBG di halaman 18 hingga 22.
8.2 En. Zainudin berharap agar pihak ibu bapa yang berkemampuan digalakkan untuk menyumbang lebih daripada yuran yang telah ditetapkan iaitu RM 30.00.
8.3 Pn. Nurlelawati dan Pn. Patvinder meminta penjelasan agar sejumlah wang dari Dana Ceriathon yang berjumlah RM 54,652.36 dapat diperincikan lagi butir-butir perbelanjaannya.
8.4 En. Zainuddin telah menerangkan dengan lebih terperinci  butiran perbelanjaan Dana Ceriathon yang berjumlah RM 54, 652.36 iaitu sepeti berikut:-

1)   Membaiki Pam Tandas Sekolah :RM   2,758.00
2)   Memasang Grill Tingkap, Grill Pintu Kelas dan Bilik Khas :RM   8,720.00
3)   Memasang 2 Unit Komputer di PSS :RM   3,397.00
4)   Install Sistem Automasi di PSS :RM   3,200.00
5)   Membeli Buku Cerita PSS :RM   2,178.50
6)   Membeli Kamus dan Buku Rujukan PSS :RM   2,587.00
7)   Pengagihan Dana Ceriathon Kepada Pendidikan Khas (15%) :RM   7,875.86
8)   Kerja-kerja Pendawaian dan Pemasangan Elektrik di PSS :RM   3,760.00
9)   Sumbangan Printer dan Radio Untuk PSS :RM      650.00
10)         Sumbangan Kepada Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan :RM   3,500.00
11)         Penyelenggaraan Komputer-Komputer Di Makmal Komputer :RM 12,018.00
12)         Service Aircond Makmal Komputer :RM      900.00
13)         Up Grade Komputer Di Makmal Komputer :RM   2,428.00

JUMLAH          :RM 54,652.36

8.5 En. Hishamuddin mencadangkan supaya sedikit peruntukan dari Dana Ceriathon  dapat disalurkan juga kepada Aktiviti Pendidikan Islam.
8.6 YDP PIBG memaklumkan akan berbincang dengan pihak sekolah terlebih dahulu untuk melaksanakan cadangan tersebut. Beliau juga memaklumkan dengan adanya program Ceriathon, dana ini sebenarnya diperlukan untuk mengadakan dan membaik pulih infrastruktur-infrastuktur terlebih dahulu sebelum disalurkan ke lain.
8.7 Pengesahan Laporan Kewangan.
Pencadang : Pn. Nurlelawati bt Abdul Jalil
Penyokong : Pn. Nurliza bt Ismail

9.            Pemilihan AJK PIBG tahun 2012/2013

9.1 YDP meminta semua AJK memenuhi kerusi di hadapan.
9.2 YDP memberi cadangan bahawa barisan AJK PIBG tahun 2012 dikekalkan kerana menjadi tradisi pemilihan diadakan setiap dua tahun sekali dan mendapat sokongan sebulat suara dari semua hadirin.
9.3 Perlu ada pemilihan baru bagi jawatan NYDP kerana beliau telah berpindah ke US atas urusan kerja.
9.4 YDP mencadangkan En. Zainudin b. Hassan sebagai NYDP baru. Pelantikan tersebut disokong sebulat suara oleh semua hadirin.
9.5 Perlantikan AJK baru bagi menggantikan En. Zainudin.

         1. En. Hishamuddin
         Pencadang : En. Zainudin b. Hassan
Penyokong : sebulat suara

2.  Pn. Nor Lelawati bt Abd Jalil
Pencadang : Pn. Jamnah bt Zolkefli
Penyokong : sebulat suara

Undian :
         En. Hishamuddin - 66
         Pn. Nor Lelawati bt Abd Jalil - 14

9.6 YDP secara rasminya mengumumkan En. Hishamuddin sebagai AJK PIBG baru bagi tahun 2013.

AHLI JAWATANKUASA PIBG
TAHUN 2013

PENASIHAT
CIK AMINAH BT SAID

YANG DI-PERTUA PIBG
EN. ROHAIZAT B. ABD JALIL

NAIB YANG DI-PERTUA PIBG
EN. ZAINUDIN B. HASSAN

SETIAUSAHA
PN. JAMNAH BT ZOLKEFLI

BENDAHARI
PN. SITI NOORASAHKIN BT MOHD NOH


AJK GURU

1.    Pn. Norhashimah bt Mohd Rosdi
2.    En. Mohd Yusof b. Zulkifli
3.    En. Mohd Khairil Shahrizal
4.    Pn. Nur Ermashanis bt Khalid
5.    Pn. Nurmawati bt Salikin
6.    Pn. Norazimah bt Ahmad

AJK IBU BAPA

1.    En. Izat Amir b. Fadzilah
2.    En. Hishamuddin bin Bahari
3.    En. Kamaruddin b. Daud
4.    En. Mohd Husni b. Daud
5.    Pn. Rohaya bt Abdul
6. Pn. Ranjit Kaur a/p Malkit Singh


PEMERIKSA KIRA-KIRA 1
PN. NUR IZWAHANI BT AZMAN

PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
PN. DANIAH SELLAMAH

10.        Membincangkan dan menerima usul ibu bapa

10.1 Mengadakan kelas tambahan.
YDP PIBG memaklumkan beliau akan menumpukan kepada peningkatan akedemik pada tahun ini. Pihak sekolah bercadang untuk menyediakan kelas tambahan seperti yang disarankan oleh ibu bapa bagi murid tahun 4 dan 5 dengan dikenakan sedikit bayaran sebagai imbuhan kepada guru-guru yang mengajar sama ada guru yang dilantik secara dalaman atau luaran. Waktu kebenaran dari guru besar adalah pada hari sabtu dari pukul 2.00 petang sehingga 6.00 petang. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang kurang mampu untuk menghantar tuisyen (kelas tambahan) berbayar di luar sekolah. Pihak YDP PIBG juga memohon ibu bapa memberikan pengorbanan dalam bentuk kewangan, komitmen dan kerjasama untuk melihat anak-anak berjaya. Semua ibu bapa / penjaga sebulat suara setuju PIBG akan mengendalikan kelas tambahan berbayar yang akan diajar oleh guru-guru.
10.2 Jualan makanan  ringan di luar pagar sekolah/tempat menunggu bas.
YDP PIBG memaklumkan pihak sekolah telah menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada April tahun 2011/2012 berkaitan perkara di atas. Tindakan telah di ambil oleh pihak MPS namun tidak berpanjangan. YDP PIBG menyarankan agar ibu bapa memantau anak-anak dengan tidak memberikan kepada mereka wang untuk membeli makanan tersebut di luar pagar sekolah.
10.3 Cadangan menanam pokok bunga di kawasan sekolah.
YDP PIBG menerima cadangan untuk menambah bilangan pokok bunga di kawasan      sekolah tertakluk kepada kos yang akan di ambil kira untuk projek berkenaan.
10.4 Lalu lintas.
YDP PIBG telah memaklumkan dalam ucapan beliau tadi berkaitan kawalan lalu lintas murid. Memandangkan ketiadaan pengawal keselamatan, beliau memaklumkan sesiapa yang berminat untuk menjadi pengawal keselamatan lalu lintas boleh berjumpa  sama ada dengan beliau sendiri, guru besar, guru-guru atau ahli PIBG sekolah untuk memohon pekerjaan tersebut dengan bayaran RM 5 setiap satu jam bekerja.

10.5 Komuniti.
YDP PIBG memaklumkan akan mengadakan aktiviti kerjasama dengan ahli masjid.
10.6 Mesyuarat PIBG pada hari ahad.
YDP PIBG memaklumkan kelapangan ibu bapa berbeza mengikut keperluan masing- masing.
10.7 Menyediakan ruang menunggu untuk menjemput anak-anak pulang dari sekolah.
YDP PIBG memaklumkan pihak sekolah tidak menggalakkan ibu bapa masuk ke kawasan sekolah. Sebaik-baiknya tuggu di luar kawasan sekolah.
10.8 Sumbangan PIBG.
YDP PIBG mengalu-alukan ibu bapa yang ingin menyumbang lebih yuran PIBG. Namun mesyuarat yang lepas telah memutuskan setiap satu keluarga hanya perlu membayar RM 30.00 walaupun mereka mempunyai empat orang anak yang bersekolah di sekolah tersebut. Penyata kewangan pada tahun lepas dengan kira-kira  1200 orang keluarga hanya 900 orang lebih sahaja yang membayar dan baki 300 orang lagi tidak membuat pembayaran. Sumbangan PIBG RM 30.00 boleh dibuat secara beransur-ansur. Semua ibu bapa bersetuju sebulat suara akan membayar sumbangan PIBG sebanyak RM30.00
10.9 Peti cadangan dan aduan.
       YDP PIBG memaklumkan peti tersebut telah disediakan oleh pihak sekolah dan peti tersebut terletak berdekatan dengan kedai buku sekolah.
10.10 Program Bacathon untuk menambahkan dana sekolah.
YDP PIBG memaklumkan  aktiviti tersebut akan diadakan pada tahun ini. Selain untuk menambah dana sekolah, aktiviti tersebut untuk menggalakkan murid minat membaca buku. Semua ibu bapa yang hadir bersetuju sebulat suara untuk mengadakan Program Bacathon pada tahun 2013.

11.        Hal-hal lain

11.1 Pn Bahiyah meminta penjelasan berkaitan penyata 2012 berkaitan jamuan majlis graduasi yang melibatkan kos yang agak tinggi. Beliau menyarankan agar peruntukan dilebihkan kepada program ceramah atau motivasi. YDP PIBG menyokong pandangan beliau dengan menegaskan pada tahun ini  penekanan akan diberikan kepada peningkatan akademik. Selain itu beliau mencadangkan jamuan ditukarkan kepada lawatan ke universiti dan sekolah berasrama penuh. YDP PIBG juga mencadangkan untuk mengadakan alumni kepada bekas murid-murid SKTD 2. Selain itu mereka yang telah berjaya dijemput untuk mengadakan ceramah motivasi kepada adik-adik di sekolah. Puan Guru Besar juga mengalu-alukan ibu bapa yang berkebolehan untuk tampil memberi motivasi kepada murid-murid.

12.        Ucapan Penangguhan

12.1 YDP PIBG mengucapkan Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan lancar. Beliau berharap pertemuan bukan sahaja berhenti setakat di sini. Beliau juga mengharapkan komitmen yang berterusan dari pihak ibu bapa untuk kejayaan anak-anak. Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru besar dan guru-guru dalam menjayakan mesyuarat pada hari ini. Beliau juga memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang mengendalikan mesyuarat.
Mesyuarat Agong PIBG kali ke-11 ditangguhkan pada jam 12.55 tengah hari.

             Disediakan Oleh,       Disemak Oleh,

  ....................................     .........................................              
(PN. JAMNAH BT ZOLKEFLI )  (EN. ROHAIZAT BIN ABD JALIL )
           Setiausaha PIBG,              Yang Dipertua PIBG,
          SK Taman Desa 2                 SK Taman Desa 2


 





















JAWATANKUASA PIBG 2013
1.  Yang Dipertua PIBG
     En. Rohaizat bin Abdul Jalil
     Biro Akademik
2. Naib Yang Dipertua PIBG
    En.Zainudin bin Hassan
    Biro Ekonomi dan Dana
3. Setiausaha PIBG
    Pn. Jamnah binti Zolkefli
    Biro Keselamatan, Kebajikan dan Pembangunan
4. Bendahari
    Pn. Siti Noorasahkin  binti Md nor
    Biro Ekonomi dan Dana
5. AJK Guru
    Pn. Norhashimah binti Mohd Rosdi
    Biro Sukan dan keceriaan
6. AJK Guru
    En. Mohd Yusoff bin Zoelkafli
    Biro Pendidikan khas
7. AJK Guru
    En. Mohd Khairil Shahrizat bin Yaacob
    Biro  Akademik
8. AJK Guru
    Pn. Norazimah binti Ahmad
    Biro Keselamatan, Kebajikan dan Pembangunan
9. AJK Guru
    Pn. Nurermashanis bt Khalid
    Biro Keselamatan, Kebajikan dan Pembangunan
10. AJK Guru
    Pn. Nurmawati binti Salikin
    Biro Akademik
11. AJK Ibu bapa
    En. Hishamuddin bin Bahari
    Biro Keselamatan , kebajikan dan Pembangunan
12. AJK Ibu bapa
    En. Izat Amer bin Fadzilah
    Biro Keselamatan, Kebajikan dan Pembangunan
13. AJK Ibu bapa
    En. Mohd Husni bin Daud
    Biro Sukan dan keceriaan
14. AJK Ibu bapa
    Pn. Ranjit Kaur  a/p  Malkit Singh
    Biro Ekonomi dan Dana
15. AJK Ibu bapa
    Pn. Rohaya binti Abdul
    Biro Pendidikan Khas
16. AJK Ibu bapa
    En. Kamaruddin bin Daud
    Biro Keselamatan, Kebajikan dan Pembangunan

Biro-Biro:
Biro keselamatan, Kebajikan dan Pembangunan
En. Kamaruddin, Pn. Norazimah, Pn. Nurermashanis, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, En. Izat, Pn. Jamnah.
Biro Sukan dan Keceriaan
Pn. Norhashimah, En. Hishamuddin, En. Husni
Biro Pendidikan Khas
Pn. Rohaya, En. Yusoff
Biro Ekonomi dan Dana
Pn. Ranjit, Pn. Siti Noorasahkin, En. Zainuddin
Biro akademik
YDP, En. Khairil, Pn. Nurmawati



Guru Besar menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Agung kali ke 10.

Penyelaras DUN Rawang menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2011.

 AJK PIBG tahun 2011/2012.



MINIT MESYUARAT AGONG KALI KE-1O
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA 2 BANDAR COUNTRY HOMES
48OOO RAWANG, SELANGOR

Tarikh                          :31 Mac 2012
Hari                             :Sabtu
Masa                            :8.30 pagi
Tempat                        :Dewan Persada Budaya, SK Taman Desa 2
Kehadiran                   :227 Orang
Dirasmikan oleh          :En. Soong Beng Khoon, Penyelaras Dun Rawang.

1.      Ucapan Tn Haji Mohd Noh b Hj Mohd Ali ( YDP PIBG SK Taman Desa 2)

1.1    Mengalukan-alukan serta menyampaikan ucapan terima kasih kepada En. Soong Beng Khoon kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah dan mesyuarat PIBG hari ini.
1.2    Mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada semua yang hadir pada hari ini walaupun keadaan cuaca yang kurang baik, ini menunjukkan komitmen yang sangat baik daripada semua Ibu Bapa.
1.3    Mewakili PIBG berjanji akan cuba untuk memastikan keinginan semua pihak akan tercapai melalui persepakatan Ibu Bapa dan guru.
1.4    Menyatakan tentang pencapaian akademik sekarang menunjukkan terdapat banyak peningkatan dan ini menunjukkan ramai guru yang berjaya mendidik.
1.5    Mengingatkan bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk sahsiah sosial anak-anak.
1.6    Mengharapkan kerjasama daripada semua Ibu Bapa dalam melantik ahli supaya membuat pilihan yang tepat kerana mereka ini yang akan menjadi saluran untuk sekolah dalam membantu anak-anak.
1.7    AJK PIBG akan cuba sedaya upaya sekadar yang termampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang lebih baik.
1.8    Ucapan ribuan terima kasih sekali lagi kepada En. Soong Beng Khoon kerana sudi hadir.
1.9    Terima kasih juga kepada semua Ibu Bapa yang hadir dan semua guru SKTD2 kerana bertungkus lumus memberikan didikkan kepada murid-murid dengan ikhlas.
1.10Mengakhiri ucapan dengan kalimah بسم الله الرحمن الرحيم   dan salam 1 Malaysia.

2.      Ucapan Cik Aminah bt Said ( Guru Besar / Penasihat PIBG SK Taman Desa 2)

2.1    Mengucapkan selamat datang ke mesyuarat PIBG kali ke-10 ini.
2.2    Mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Soong Beng Khoon, Penyelaras Dun Rawang kerana sudi hadir pada hari ini bagi merasmikan mesyuarat PIBG kali ini dan beliau juga sangat prihatin dengan segala aktiviti yang dijalankan di sekolah ini serta banyak memberikan sumbangan dalam setiap aktiviti.
2.3    Memaklumkan semua pada hari ini juga seramai 39 orang pelajar yang mendapat 5A dalam keputusan UPSR telah hadir untuk menerima sumbangan kerana telah mengharumkan nama sekolah.
2.4    Memaklumkan kepada semua peratus keseluruhan pencapaian keputusan UPSR 2011 sebanyak 77%. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 7.2% berbanding 2010 iaitu 70%. Manakala gred sekolah 2.06 berbanding tahun sebelum ini 2.19.
2.5    Mengumumkan keputusan keseluruhan UPSR setiap mata pelajaran yang dicapai tahun lepas;     
Pemahaman                 :           95.8% 
Penulisan                     :           90.2%
Bahasa Inggeris           :           81.9%
Matematik                   :           89.3%
Sains                            :           87.9%

2.6    Memaklumkan seramai 21 orang  mendapat 4A 1B, 3 orang gagal semua mata pelajaran, 32 orang menguasai sebahagian mata pelajaran dan 17 orang gagal dalam 1 mata pelajaran.
2.7    Matlamat untuk tahun 2012, target yang ingin dicapai keseluruhan sebanyak 80% ke atas. Bilangan pelajar mendapat 5A anggaran seramai 50 orang, manakala gred purata 1.9 bagi peratus keseluruhan mata pelajaran pula dianggar ;          
Pemahaman                 :           95%    
Penulisan                     :           95%
Bahasa Inggeris           :           90%
Matematik                   :           90%
Sains                            :           90%

2.8    Memaklumkan bahawa guru tahun 6 akan cuba menambah  masa untuk mengadakan kelas tambahan pada hari sabtu dan bayaran RM 180.00 untuk setiap murid bagi menjalankan semua aktiviti.
2.9    Memaklumkan tentang KSSR yang telah wujud sejak 2011, dan tahun ini merupakan tahun ke-2 KSSR dilaksanakan. Antara yang terdapat dalam KSSR iaitu PBS Penilaian Berasaskan Sekolah, murid akan dinilai dalam setiap mata pelajaran melalui band 1 hingga 6. Sehinggalah ke tahun 6 mereka hanya akan dinilai sebanyak 40%sahaja.
2.10Selain itu program LINUS yang dijalankan ke atas pelajar bagi memastikan mereka boleh membaca atau tidak.
2.11Memaklumkan pada 4 April nanti akan diadakan bagi murid tahun 3, kohort 1 (LINUS) saringan khas pada pukul 3.30 petang hingga 4.00 petang untuk Literasi dan 4.30 hingga 5.00 petang bagi Numerasi.
2.12Murid tahun 2 pula akan mengikuti saringan khas pada bulan Mei nanti dan akan dipantau oleh pegawai bahagian pendidikan dan tarikh belum ditetapkan.
2.13Mengingatkan kepada semua Ibu bapa supaya memastikan anak-anak  mengikuti aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah ini kerana murid akan dinilai apabila masuk ke sekolah menengah.
2.14Memaklumkan tentang SAPS ( Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) markah murid akan dimasukkan dalam sistem online. Semua markah ujian akan dimasukkan dalam sistem ini dan Ibu Bapa murid boleh merujuk sistem ini untuk mengetahui markah anak mereka dengan cara memasukkan nombor kad pengenalan diri.
2.15Memaklumkan bahawa sekolah mengalu-alukan kehadiran Ibu Bapa ke sekolah untuk membincangkan hal anak mereka.
2.16Memaklumkan Program Sifar Ponteng, sekiranya ada murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab yang munasabah dan berterusan selama 60 hari, akan diambil tindakan buang sekolah.
2.17Memaklumkan bahawa wang bantuan persekolahan sebanyak RM 100 yang diedarkan kepada tahun 1dan 6 telah selesai diedarkan. Cuma tahun 1 masih ada yang belum mengambilnya. Sekiranya tidak ada ibu bapa yang mengambinya pada 2 April, maka wang tersebut akan dikembalikan kepada pihak Kementerian.
2.18Memaklumkan tentang program guru penyayang, terdapat pelbagai program yang dijalankan di sekolah bagi menarik minat pelajar untuk ke sekolah. Guru yang bertugas akan menjaga di pintu pagar sekolah semasa datang dan balik sekolah. Selain itu diadakan juga program hari jadi antara guru dan pelajar.
2.19Mengucapkan terima kasih kepada YDP, Ibu bapa,Guru dan semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program ceriathon. Sebanyak RM 56,000.00 wang yang berjaya dikumpul melalui program tersebut.
2.20Berharap agar AJK yang akan datang akan melipat ganda usaha mencari dana demi kecemerlangan anak-anak.
2.21Mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG kerana telah banyak membantu dari segi tenaga, wang ringgit dan idea mereka, juga Ibu Bapa yang hadir pada hari ini.
2.22Ucapan terima kasih juga kepada En. Soong Beng Khoon kerana sudi meluangkan masa ke mesyuarat PIBG.


3.      Ucapan En. Soong Beng Khoon, Penyelaras Dun Rawang.

3.1    Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana seringkali menjemput untuk datang ke program dan merasmikan Mesyuarat Agong PIBG kali ke -10.
3.2    Mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah, AJK dan ibubapa kerana sanggup luangkan masa dan hadir ke sekolah bagi mendengar laporan PIBG.
3.3    Mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG di bawah pimpinan Tuan Hj Mohd Noh kerana telah memainkan peranan penting dalam menjalankan pelbagai aktiviti.
3.4    Mengharapkan kerjasama semua pihak agar tempat ini dapat dibangunkan.
3.5    Berharap agar dapat berusaha menjadikan sekolah ini terbaik di peringkat Daerah Gombak.
3.6    Mengingatkan bahawa ibu bapa supaya mementingkan pendidikan anak-anak di sekolah.
3.7    Mengkhabarkan berita tentang satu kejadian kemalangan yang membabitkan 2 orang pelajar sekolah menengah yang baru pulang dari Cybercafe pada lewat malam. Mengingatkan semua sekiranya keluarga memainkan peranan  yang sebaiknya, maka tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini.
3.8    Menyatakan Perdana Menteri kita Dato’ Seri Najib Tun Razak, telah banyak memberikan bantuan kepada Ibu Bapa dan anak-anak di sekolah rendah dan juga menengah. Baru-baru ini menyusul bantuan RM500 kepada keluarga yang berpendapatan rendah RM3000 ke bawah.
3.9    Mengingatkan kepada semua tentang yuran PIBG yang mesti dibayar, ini kerana terdapat banyak usul dan cadangan untuk melakukan pelbagai aktiviti di sekolah ini.
3.10Apa yang diharapkan agar menjadikan sekolah ini sebagai kampung bagi anak-anak kita.

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-10
4.      Ucapan Yang Dipertua PIBG
4.1    Mengucapkan terima kasih  kepada Ibu Bapa yang hadir ke mesyuarat ini.
4.2    Memaklumkan kehadiran mesyuarat adalah seramai 277 orang.
4.3    Berbesar hati kerana dapat mengumpul sebanyak RM 56,000 dengan projek mega ceriathon yang telah dijalankan pada tahun lepas.
4.4    Memaklumkan wang sumbangan tersebut akan  disalurkan ke sekolah dan AJK PIBG hanya sebagai pemegang amanah untuk sementara sahaja.
4.5    Mengharapkan agar PIBG kali ini dapat membantu memberikan pandangan yang rasional dan tidak membuat suatu keputusan dengan mengikut perasaan.
4.6    Mengharapkan sesiapa yang layak untuk menjadi AJK sanggup berkerjasama untuk mengambil bahagian dan mengharapkan agar mesyuarat ini berjalan dengan lancar.

5.      Ucapan Guru Besar
5.1    mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG, guru-guru serta semua Ibu bapa yang hadir.
5.2    Memaklumkan seramai 1456 murid yang mendaftar setakat semalam, dan dianggarkan lebih dari 80% Ibu Bapa yang hadir pada hari ini. Akan tetapi Cuma 227 orang sahaja yang hadir.
5.3    Mengharapkan kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa untuk merancang serta mengembling tenaga dalam merancang aktiviti dan menyediakan kemudahan untuk pelajar supaya mereka seronok untuk belajar.
5.4    Mengingatkan semua sekiranya terdapat sebarang masalah cubalah selesai secara dalaman terlebih dahulu dan tidak membawa masalah ke pihak luar.
5.5    Memaklumkan tentang isu dalam surat khabar pada tahun lepas tentang murid tahun 6 yang tidak pergi ke solat Jumaat disebabkan kelas tambahan. Sebelum ini telah diadalan satu perjumpaan murid tahun 6 bersama ibu bapa, jadi ibu bapa sudah dimaklumkan tentang jadual kelas tambahan yang ditetapkan. Sepatutnya tidak menjadi masalah untuk pelajar ke masjid pada waktu tersebut untuk solat Jumaat.
5.6    Mengingatkan semua jika ada sebarang masalah sila bawa berbincang terlebih dahulu dan tidak membuat keputusan secara melulu dengan membawanya ke  pihak media dan sebagainya.
5.7    Mengharapkan agar semua ahli yang hadir agar dapat mengadakan mesyuarat secara harmoni dan membincangkan apa sahaja untuk kebaikan anak-anak.

6.      Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agong kali ke-9
6.1    En Ruzaini selaku setiausaha PIBG membentangkan minit Mesyuarat  Agung Kali ke- 9 di halaman 5 hingga 10.
6.2    Pengesahan minit mesyuarat.
Pencadang      : En. Mohd Izat Amer bin Fadzilah
Pengokong     : Pn. Zairani binti Omar

7.      Membentang dan menerima aktiviti tahun 2011
7.1    Tn Hj. Mohd Noh selaku YDP PIBG membentangkan aktiviti yang dijalankan sepanjang 2011.
7.2    Memaklumkan kepada semua bahawa pendidikan khas juga merupakan sebahagian daripada PIBG sekolah, jadi dana akan disalurkan juga ke bahagian Pend.Khas.
Pencadang      : Pn. Azira
Penyokong     : En Mohd Izat Amer bin Fadzilah

8.      Membentangkan dan menerima penyata kewangan 2011
8.1    En Lim Seng Hoe membentangkan laporan kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2011 dan disemak pada 22 Mac 2012.
8.2    Baki di dalam penyata buku akaun berakhir 31 Disember 2011.
                                  i.            Akaun pembayaran PIBG                              :           RM 17,637.70
                                ii.            Akaun pembayaran kelas tambahan               :           RM 24,160.00
                              iii.            Akaun pembayaran Pendidikan Khas                        :           RM   3,627.00
                              iv.            Akaun Program Ceriathon                             :           RM   6,772.35
Jumlah                                                                         RM 52,197.05
Baki di akaun                                                              RM 76,375.96
          
8.3    En. Lim menjelaskan jumlah pembayaran untuk Mesyuarat Agong PIBG kali ke-9 adalah RM 3,883.40, manakala jumlah pembayaran bagi hadiah dan jamuan akhir tahun 2011 adalah RM 4,678.00.
8.4    En. Lim menjelaskan penyata penerimaan program Ceriathon adalah RM 59,216.05.  Manakala penyata pembayaran pula RM 6,772.35.
8.5    Pengesahan laporan kewangan          :
Pencadang      :           Azhar bin Md Darus.
Penyokong     :           En. Mohd Rizam.       

9. Pemilihan AJK PIBG tahun 2012/2013
9.1 AJK PIBG 2010/2011 dibubarkan, pelantikan AJK baru untuk sesi 2012/2013.
9.2 En.Izat Amir mencadangkan En. Ab Halid sebagai pengerusi sementara.
9.3 En.Ruzaini pula dicadangkan sebagai pencatat.
9.4 Pelantikan YDP PIBG :
1. En. Rohaizat bin Abd. Jalil
            Pencadang            :           En. Izat Amer bin Fadzilah
  Penyokong         :           Hj. Mohd Noh bin Haji Mohd. Ali
2. En. Mohd Rizam b. Syarif
             Pencadang           :           Hj. Mohd Noh  bin Haji Mohd. Ali
  Penyokong         :           Pn. Zairani binti Omar

Undian :
En. Rohaizat b. Abd Jalil  - 97
En. Mohd Rizam b. Syarif  -  32

9.5 Jawatan sebagai YDP PIBG ialah En. Rohaizat b. Abd Jalil.
9.6 Pn.Sarimah mencadangkan En. Mohd Rizam bin Syarif  sebagai NYDP PIBG dan   
         disokong oleh Pn. Arzian binti Mohd Ariffin.
9.7 Guru Besar mengumumkan jawatan Setiausaha PIBG ialah Pn. Jamnah bt. Zolkefli,
      dan bendahari ialah Pn. Siti Norasahkin bt. Mohd Noh.
9.8 Pemilihan dan undian AJK ibu bapa  :
                 1. En. Zainudin b. Hassan                   71 undian
                 2. Pn Haniza Kamal                            47 undian
                 3. Pn. Daniah                                      56 undian
                 4. Pn. Ranjit                                        61 undian
                 5. En. Izat Amer                                 77 undian
                 6. Pn. Rohaya                                      70 undian
                 7. En. Azham Darus                            58 undian
                 8. En. Kamaruddin                             65 undian
                 9. En. Mohd Husni                             63undian

9.9 Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa ialah :
1. En. Izat Amer bin Fadzilah
2. En. Zainudin b. Hassan
3. Pn. Rohaya binti Abdul
4. En. Kamaruddin bin Daud
5. En. Mohd Husni
6. Pn. Ranjit Kaur a/p Malkit Singh

9.10 Guru Besar mengumumkan AJK Guru :
1. Pn. Norhashimah binti Mohd Rosdi
2. En Mohd Yusof b. Zoelkafli
3. En Mohd Khairil Shahrizal bin Yaacob
4. Pn Nor Azimah bt Ahmad
5. Pn. Nur Ermashanis binti Khalid
6. Pn. Nurmawati bt Salikin

9.11 En. Maniam mencadangkan Pn. Daniah sebagai Pemeriksa kira-kira 2, dan
       disokong sebulat suara.
9.12 Guru Besar mengumumkan jawatan Pemeriksa kira-kira 1 ialah Pn. Nor Izwahani
        bt.  Mohd Azman.
                
    



AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2012/2013

PENASIHAT
CIK AMINAH BT SAID

YANG DI-PERTUA PIBG

EN. ROHAIZAT B. ABD JALIL

NAIB YANG DI-PERTUA PIBG
EN. MOHD RIZAM B. SYARIF

SETIAUSAHA
PN. JAMNAH BT ZOLKEFLI

BENDAHARI
PN. SITI NOORASAHKIN BT MOHD NOH
AJK GURU
AJK IBU BAPA

1. Pn. Norhashimah bt Mohd Rosdi
2. En Mohd Yusof b. Zulkifli
3. En Mohd Khairil Shahrizal
4. Pn Norazimah bt Ahmad
5. Pn. Nur Ermashanis bt. Khalid
6. Pn. Nurmawati bt Salikin

1. En. Izat Amer bin Fadzilah
2. En. Zainudin b. Hassan
3. Pn. Rohaya binti Abdul
4. En. Kamaruddin bin Daud
5. En. Mohd Husni
          6. Pn. Ranjit Kaur a/p Malkit Singh

PEMERIKSA KIRA-KIRA 1
PN. NOR IZWAHANI BT AZMAN

PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
PN. DANIAH SELLAMAH

10. Membincangkan dan menerima usul ibu bapa

10.1 Buku latihan pemahaman tahun dua.
        Tidak ada buku pemahaman, buku rampaian dijadikan buku pemahaman.

10.2 Pengisian masa cuti sekolah murid tahun enam.
       Diadakan kelas tambahan separuh daripada cuti tersebut.

10.3 Guru tukar bahasa mata pelajaran Sains dan Matematik.
        Ini merupakan arahan daripada kementerian. Terdapat 1 buku versi Bahasa Melayu, dan   
       1 buku versi dwi bahasa.

10.4 Perlu diadakan perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas tahun 6 setiap 2 minggu sekali.
       Guru Besar memaklumkan pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan ibu bapa untuk
        mengetahui perkembangan anak-anak tetapi mesti ikut prosedur yang betul. Pihak   
        sekolah  juga tidak menghadkan masa dan bila-bila masa ibu bapa boleh datang ke
        sekolah.

10.5 Bekalkan tarikh ujian/peperiksaan lebih awal.
Tertakluk kepada PPD / Jabatan. Mulai tahun ini (2012), soalan peperiksaan akan dibina    sendiri oleh pihak sekolah. Tarikh dan masa tidak menjadi masalah lagi pada tahun ini.

10.6 Mohon diadakan aktiviti komunikasi dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang  
      efektif.Bertutur dalam bahasa Inggeris telah pun diadakan iaitu pada setiap hari Selasa,    
      manakala komunikasi dalam Bahasa Arab masih belum dapat dijalankan kerana bilangan   
      murid yang sedikit.

10.7Diharapkan pihak sekolah dapat teruskan memberi anugerah kepada murid yang  
      mendapat 5A.Guru Besar memaklumkan ianya tidak dapat diteruskan lagi kerana      
      pelaksaanaan KSSR yang menilai murid berdasarkan band.

10.8 Masalah tandas
Guru besar memaklumkan bahawa tandas kerapkali menghadapi masalah. Sudah banyak kali dibetulkan tapi akan rosak semula. Pihak sekolah telah habis lebih kurang RM2900 untuk satu pam. Namun kerosakan masih berulang lagi. Oleh itu, pihak sekolah berjanji akan memberi didikan kepada murid-murid tentang penjagaan dan kebersihan tandas. Pihak PIBG juga perlu menyediakan dana secukupnya bagi membaiki tandas dari masa ke semasa.




10.9 Aktiviti terapi pendidikan khas
Aktiviti seperti terapi berenang, berkuda dan bowling telah pun dijalankan dengan cara yang tidak begitu betul dari segi p&p. Pihak sekolah akan susun semula dengan cara yang betul dan akan diselang seli. Aktiviti renang terpaksa ditangguhkan dulu kerana agak risau bawa murid ke air kerana ketiadaan pakar dan merebaknya wabak penyakit. Namun aktiviti berkuda dan bowling diteruskan atas kebenaran PPD.

10.10 Taman permainan pendidikan Khas
Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kontraktor yang terbaik cuma dalam proses meminta kelulusan daripada JPN. Diharapkan ia dapat dijalankan pada tahun 2012 ini.

10.11 Pengawal keselamatan lalu lintas
      Menurut En Rohaizat YDP PIBG , masalah ini akan dibincangkan bersama AJK bagi mencari jalan penyelesaian. Menurut  beliau juga, pengawal keselamatan perlu dilantik bagi mengawal keselamatan lalu lintas sahaja. Mohon kerjasama daripada ibu bapa juga agar mengikut peraturan demi keselamatan anak-anak.

      Guru Besar memaklumkan bahawa perlu melantik dan mengupah seorang pengawal lalu lintas  dan perlu membayar mengikut waktu betugas iaitu pada pukul 7.00 – 7.30 pagi, 12.00 – 2.00 petang, dan 6.00 – 6.30 / 7.00 malam. Oleh itu, tabung perlu diwujudkan bagi pembayaran. Segala kelengkapan boleh dimohon secara percuma dari JKJR. Untuk menyelesaikan masalah ini pihak sekolah akan uruskan.

      Tambahan daripada En.Rohaizat cadangan untuk melantik pengawal keselamatan lalu lintas sangat penting dan mohon kepada ibu bapa membantu pihak PIBG jika bayaran tidak mencukupi. Semua ibu bapa setuju.

 10.12 Penjaja
PIBG akan mengambil tindakan seterusnya.
En.Rohaizat memohon kepada ibu bapa untuk menasihati anak-anak agar tidak membeli makanan yang dijual di luar sekolah kerana tidak berkhasiat.Beliau akan cuba meminta bantuan daripada Majlis Perbandaran.

10.13 Bantuan kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah.
      Mohon tampil dan maklumkan kepada pihak sekolah.

11. Hal-hal lain 

11.1 En. Ab Halid memaklumkan bahawa ibu bapa boleh menghantar anak di dalam kawasan  
       sekolah sekiranya waktu hujan. Namun begitu, ibu bapa perlu sentiasa bersedia dan perlu    
       berhati-hati kerana murid-murid suka dan berlari-lari ketika hujan. Ibu bapa juga perlu
       turunkan anak dan terus beredar.
11.2 Mohon pesan kepada anak-anak jika lambat balik, minta mereka tunggu di dalam
       kawasan sekolah.


12. Ucapan Penangguhan

12.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG kerana banyak memberi  
       sokongan kepada pihak sekolah.

12.2 Mengucapkan terima kasih kepada guru dan ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat   
       Agong PIBG kali ke-10.

12.3 Mohon lebih ramai murid mendapat 5A dalam UPSR pada tahun ini.

Mesyuarat Agong PIBG kali ke-10 ditangguhkan pada jam 1.55 petang.





Disediakan Oleh,                                                             Disemak Oleh,


( PN. JAMNAH BT ZOLKEFLI )                              ( EN. ROHAIZAT BIN ABD JALIL )
            Setiausaha PIBG,                                                          Yang Dipertua PIBG,
          SK Taman Desa 2.                                                          SK Taman Desa 2.




Gotong Royong Perdana


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.