SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Ahad, 19 Oktober 2014

Lawatan ke Muzium Diraja Kuala Lumpur, Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Pahang dan Ladang Rusa, Lanchang Pahang

Tarikh : 18 Oktober 2014
Masa : 7.30 pagi - 7.00 malam
Lawatan ke Muzium Diraja Kuala Lumpur

Murid-murid beratur sebelum memasuki Muzium Diraja

Guru-guru bergambar bersama hulubalang Muzium Diraja

Murid-murid memberi makanan kepada gajah-gajah di Pusat konservasi Gajah, Kuala Gandah Pahang

Aktiviti mandikan gajah

Murid-murid bergambar bersama gajah

Pertunjukkan gajah

Murid-murid diberi peluang untuk memberi makanan kepada rusa-rusa

Murid bergambar bersama ular sawa


Isnin, 8 September 2014

Majlis Penutup Bulan Pusat Sumber & Majlis Mohon Restu Murid

Majlis Penutup Bulan Pusat Sumber diadakan :
Hari : Isnin
Tarikh : 8 September 2014

Penyampaian hadiah sempena Bulan Pusat Sumber yang lalu

Hadiah pertandingan mewarna bagi murid Pendidikan Khas
Pertandingan mewarna bagi murid Prasekolah

Pertandingan melukis poster bagi murid tahun 4

Ketua Pengawas menyampaikan ucapan memohon restu daripada guru-guru sebelum UPSR
Murid-murid tahun 6 bersalaman dengan guru-guru
Majlis Doa Restu


Sambutan Bulan Kemerdekaan

Sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan :
Hari : Isnin
Tarikh : 11 Ogos 2014 - 16 September 2014

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Dirasmikan oleh GPK Kurikulum, En. Ab. Halid

Sambutan amat meriah dengan menyanyikan lagu patriotik



Guru-guru turut menyanyikan lagu Patriotik sempena Bulan Patriotik


Rabu, 3 September 2014

Ceramah Motivasi 'Pecutan Terakhir UPSR'

Ceramah Motivasi ' Pecutan Terakhir UPSR'
Hari : Isnin
Tarikh : 25 September 2014
Penceramah : Ustaz Mohammad Khailil Razak
Ustaz Khailil menyampaikan Motivasinya penuh bersemangat

Setiap ketua kelas perlu menyampaikan ikrar pada setiap pagi kepada rakan-rakannya untuk memotivasikan diri sendiri

Motivasi yang disampaikan amat berkesan kepada murid-murid apabila ada murid yang mengalir air mata mendengar motivasi ini

Penghayatan yang berkesan. Mudah-mudahan murid tahun 6 ini dapat mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Khailil atas ceramah motivasinya. Terima kasih kepada PIBG yang menaja program ini.
 

Selasa, 5 Ogos 2014

BULAN PUSAT SUMBER

Bulan Pusat Sumber 2014 (4 Ogos 2014 - 5 September 2014)
Hari : Isnin
Tarikh : 4 Ogos 2014
Masa : 7.40 pagi & 1.00 petang
Tempat : Tapak Perhimpunan, SKTD2



OBJEKTIF

             I.   Menambahkan pengetahuan murid-murid mengenai Pusat Sumber.

   II.   Menarik minat murid-murid untuk mengunjungi dan menggunakan Pusat Sumber dengan berkesan.

  III.  mencungkil bakat dan kemahiran murid-murid dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

  IV.   Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program.

 V.   Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan murid-murid.

Program ' Jom Membaca Bersama YEOS'

Pihak YEOS menaja sekotak air kotak kepada setiap murid
Pertandingan Dart

Bergambar bersama pihak YEOS


Program ' Saya Mahu Hadiah' anjuran PTS Publications

En. Azizul wakil PTS Publications merasmikan Minggu Membaca bersama PTS

En. Azizul menyampaikan hadiah kepada Guru Besar sebagai tanda cenderahati kepada pihak sekolah

Program 'Jom Saya Mahu Hadiah'

Antara pemenang yang memenangi hadiah dalam program ini

Wakil daripada PTS memberikan Bengkel melukis komik

Nur Aisyah Aqilah antar pemenang yang melukis komik dengan kreatif

Contoh lakaran wajah menggunakn teknik yang diajar


Cik Hidayu dari PTS Publications memberikan bengkel Mencipta kad

Murid-murid mencipta kad menggunakan kreativiti murid masing-masing


Senamrobik yang diadakan sempen Bulan Pusat Sumber

Murid-murid aktif melakukan senamrobik

Tidak ketinggalan guru juga melakukan senamrobik

Guru Besar merasmikan Pembugaran Bulan Pusat Sumber 2014

Gimik membuka peti harta karun
Senamrobik yang diadakan pada 14 Ogos 2014
Murid-murid pendidikan khas juga tidak ketinggalan melakukan senamrobik
Murid-murid seronok melakukan senamrobik dengan bersungguh-sungguh
Guru-guru juga melakukan senamrobik

Murid memasang mercun party untuk gimik pembugaran Bulan Pusat Sumber




GPK Kokurikulum menyampaikan cenderahati kepada penulis, En. Azanil Fitri

Pemenang tempat pertama menulis novel ringkas bergambar bersama Penulis Buku

Bengkel Kerjaya dan Penulisan bersama dengan En. Azanil Fitri

Pameran Haiwan di Pusat Sumber

Murid bergambar bersama burung

Murid ada yang berani bergambar bersama ular sawa

Murid diberi penerangan oleh pembantu pameran haiwan tersebut

Pelbagai haiwan yang dipamerkan seperti arnab, iguana, ular, katak dan banyak lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.