Hari : Sabtu
Tarikh : 8 Mac 2014
Kehadiran : 85 orang
Objektif utama gotong-royong
perdana ini diadakan adalah untuk:
3.1 Membina pondok menunggu dan membaik pulih laluan suusr
gajah di pintu laluan murid.
3.2 Menceriakan setiap tangga koridor sekolah.
3.3 Mendidik murid-murid tentang pembasmian pembiakan nyamuk
Aedes secara bijak.
3.4 Mengeratkan
ukhuwah dan perpaduan antara murid, guru, anggota pentadbir dan masyarakat.
3.5 Menyemai
ikatan kasih sayang, keprihatinan dan sokongan padu masyarakat kepada institusi sekolah.
3.6 Menterjemahkan
ikatan kekeluargaan, perpaduan dan kemesraan dalam kalangan
masyarakat dan akan membantu negara melahirkan masyarakat sihat dan
selamat.
3.7 Melahirkan
murid yang sentiasa bersedia melakukan amalan-amalan murni untuk agama, bangsa dan negara.
Guru dan ibu bapa yang hadir bertungkus lumus mengetuk laluan susur gajah untuk dibaikpulih semula.Pembinaan pondok menunggu sedang dijalankan. |
Guru Besar juga bertungkus lumus mewarnakan dan mengecat semula batu-batu di parkir sekolah |
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir bagi menjayakan Program Gotong Royong Perdana 2014 |
Guru-guru menghias bilik Doktor Muda dan Pameran Anti Dadah. |
Guru-guru mengecat korikor tangga |
GPK Kurikulum turut mengukur dan mewarnakan semula parkir |
Guru- guru mengecat bilik Doktor Muda |
Guru-guru Agama bergotong-royong menceriakan bilik J'Qaf dan surau |
Mengecat tangga untuk ditampal info-info |