Hari : Isnin
Tarikh : 3 Februari 2014
OBJEKTIF
1. Membina
tabiat membaca murid-murid khususnya murid SK Taman Desa 2 secara berterusan.
2. Murid-murid
dapat menilai bahan bacaan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang berkaitan
dalam rekod bacaan yang khusus.
3. Menggalakkan
penggunaan pusat sumber melalui pembacaan.
4. Melahirkan
semangat kerjasama di antara semua warga SK Taman desa 2 untuk menjadikan
Program NILAM sebagai satu program yang unggul dan gemilang.
AKTIVITI/PENGISIAN PROGRAM
Aktiviti galakan
membaca sempena Program NILAM akan dijalankan sepanjang tahun. Antara aktiviti
yang dicadangkan adalah :
1. Membaca buku dan membuat catatan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM
2. Promosi Buku Baharu
3. Aktiviti galakan membaca di kantin dan foyer sebelum perhimpunan pagi,
semasa rehat dan semasa waktu balik.
4. Kempen Menderma Buku
5. Penganugerahan kepada pembaca terbanyak bulanan
6. Penganugerahan kepada peminjam buku terbanyak bulanan
7. Anugerah Tokoh Nilam peringkat sekolah..
8. Minggu Pusat Sumber
Gimik melepaskan burung |
Guru Perpustakaan dan Media menerangkan Anugerah NILAM sepanjang tahun 2014 |
Guru Besar melepaskan burung sebagai gimik Pembugaran NILAM |
Murid-murid mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru sempena Pembugaran NILAM |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan