SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Rabu, 29 Mac 2017

Kem jati Diri Pengawas, Pengawas PSS dan Pembimbing Rakan Sebaya

Hari : Sabtu dan Ahad
Tarikh : 4 & 5 Mac 2017
Tempat : Photton Valley, Hulu Langat

MATLAMAT

Program Jati Diri diadakan bagi melatih dan mendidik peserta agar  lebih berdisiplin  dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.      



Aktiviti Jungle Tracking Kem Jati Diri

Program Muhasabah diri selepas solat Maghrib

Taklimat tentang Jungle Tracking hari kedua

Program kesedaran murid untuk jadi pemimpin yang baik

taklimat semasa hadir ke Kem Jati diri

Aktiviti Night Walk 
OBJEKTIF PROGRAM

a.    Meningkatkan keyakinan diri
Sebagai pelajar, peserta yang mengikuti program ini akan lebih berkeyakinan bila berhadapan siapa jua yang mereka temui.


b.    Meningkatkan kemahiran dan kreativiti
Peserta program akan didedahkan dengan ‘multi-skill’ dan menggunakan bakat kreatif dalam menjalani proses kehidupan (thinking out of box).
c.    Menambah nilai jati diri
Peserta akan didedahkan dalam proses mengenal potensi diri mereka sendiri. Mereka akan lebih yakin dengan kebolehan dan bakat semulajadi diri.

d.    Pembentukan nilai peribadi yang mulia
Peserta dibentuk ke arah menjadi insan berkualiti. Kebolehan berdikari dalam mencapai matlamat dengan memberi fokus kepada keperluan melaksanakan tanggungjawab.

e.    Membentuk sikap bertanggungjawab
Peserta akan didedahkan dengan nilai tanggungjawab terhadap amanah dan arahan. Bersedia menjadi seorang pelajar yang baik dan berakhlak mulia.



PELANCARAN NILAM 2017

Pelancaran NILAM 2017

Hari : Isnin
Tarikh : 13 Februari 2017
Masa : 7.25 pagi & 1.15 tengah hari
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Taman Desa 2

OBJEKTIF
            
1.   Membina tabiat membaca murid-murid khususnya murid SK Taman Desa 2         secara 
      berterusan.

2.  Murid-murid dapat menilai bahan bacaan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang berkaitan 
     dalam rekod bacaan yang khusus.

3.  Menggalakkan penggunaan pusat sumber melalui pembacaan.

4. Melahirkan semangat kerjasama di antara semua warga SK Taman desa 2 untuk           
    menjadikan Program NILAM sebagai satu program yang unggul dan gemilang.

Gimik Pelancaran NILAM

GPK 1 merasmikan Pelancaran NILAM 2017


Gimik Pelancaran NILAM sesi petang

GPK Petang merasmikan Pelancaran NILAM sesi petang



Banner Pelancaran NILAM

Hadiah utama Tokoh NILAM 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.