Tarikh : 4 & 5 Mac 2017
Tempat : Photton Valley, Hulu Langat
MATLAMAT
Program Jati Diri diadakan bagi melatih dan mendidik peserta agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Aktiviti Jungle Tracking Kem Jati Diri |
Program Muhasabah diri selepas solat Maghrib |
Taklimat tentang Jungle Tracking hari kedua |
Program kesedaran murid untuk jadi pemimpin yang baik |
taklimat semasa hadir ke Kem Jati diri |
Aktiviti Night Walk |
OBJEKTIF PROGRAM
a. Meningkatkan keyakinan
diri
Sebagai pelajar,
peserta yang mengikuti program ini akan lebih berkeyakinan bila berhadapan
siapa jua yang mereka temui.
b. Meningkatkan kemahiran
dan kreativiti
Peserta program akan
didedahkan dengan ‘multi-skill’ dan menggunakan bakat kreatif dalam menjalani
proses kehidupan (thinking out of box).
c. Menambah nilai jati
diri
Peserta akan didedahkan
dalam proses mengenal potensi diri mereka sendiri. Mereka akan lebih yakin
dengan kebolehan dan bakat semulajadi diri.
d. Pembentukan nilai
peribadi yang mulia
Peserta dibentuk ke
arah menjadi insan berkualiti. Kebolehan berdikari dalam mencapai matlamat
dengan memberi fokus kepada keperluan melaksanakan tanggungjawab.
e. Membentuk sikap
bertanggungjawab
Peserta akan didedahkan
dengan nilai tanggungjawab terhadap amanah dan arahan. Bersedia menjadi seorang
pelajar yang baik dan berakhlak mulia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan