SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Isnin, 27 Mei 2013

Lawatan ke Cameron Highlands

Lawatan ke Cameron Highland telah diadakan pada 25 dan 26 Mei 2013

Objektif Program :-

1.      Meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar tentang tempat – tempat menarik di Malaysia.
2.      Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pemprosesan teh, ladang strawberi dan sayur-sayuran .
3.      Memberikan pengalaman baharu kepada pelajar untuk berdikari dan memupuk semangat setiakawan.
4.      Mewujudkan kerjasama dan hubungan yang baik antara pelajar dan guru.
5.      Mewujudkan hubungan yang baik dan berkesan dengan masyarakat setempat.
6.      Menanam sikap kerjasama dan bertolak ansur dalam kalangan pelajar.
Lawatan ke ladang kaktus


Antara guru-guru yang mengiringi murid ke Cameron Hihglands

Penginapan di SK Brinchang

Lawatan ke Kilang Pemprosesan teh

Gambar kenangan di kilang teh Boh

Jumaat, 17 Mei 2013

Majlis Hari Guru

Guru-guru tahun 3 mempersembahkan dikir barat

Guru-guru bergambar sempena hari guru

Murid-murid mempersembahkan nasyid

Murid-murid mempersembahkan tarian

Guru-guru aliran tahun 4 mempersembahkan lakonan upin ipin

Guru tahun 5 mempersembahkan persembahan dikir barat

Dalam gembira ada dukanya, En. Ridwan akan meninggalkan sekolah kerana dinaikkan pangkat ke SK Selayang Utama. Tahniah diucapkan
Majlis Hari Guru telah diadakan pada 16 Mei 2013
Kek yang disumbangkan oleh PIBG. Terima kasih PIBG

2 kek yang disumbangkan oleh YDP PIBG. Terima kasih En. Rohaizat bin Abdul Jalil

Guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dengan bersemangat

Tidak juga pentadbir menyanyikan lagu guru malaysia

Ramainya murid yang hadir untuk meraikan hari guru. Terima kasih semua murid

Guru Besar menyampaikan ucapan sempena hari guru

YDP turut hadir bagi meraikan hari guru bersama-sama guru SK Taman Desa 2

Khamis, 9 Mei 2013

Motivasi

Pelbagai motivasi yang diberikan oleh pakar motivasi dan PIBG untuk murid-murid

Pakar Motivasi ELIT menyampaikan motivasi kepada murid-murid

Murid-murid dengan khusyuk mendengar motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi. Ada murid yang menangis dan sedih dengan paparan yang disampaikan oleh pakar motivasi tersebut

YDP PIBG juga memberi motivasi kepada murid-murid tahun 6

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah diadakan pada 2 Mei 2013. Seramai 35 orang murid dan 4 orang guru pengiring mengikuti lawatan ini.

Objektif lawatan ini adalah :
1.     Memupuk sikap untuk mencontohi dan mencari perkongsian ilmu dan pengalaman dengan pihak luar.

2.  Memberi semangat dan galakan kepada murid dan guru untuk meluaskan ilmu bagi melahirkan insan yang cemerlang.


3.     Melahirkan lebih ramai murid yang rajin membaca dan ulat buku.

Guru pengiring dan murid-murid yang menyertai lawatan ke Pesta Buku Antarangsa, PWTC

Murid-murid sibuk membeli pelbagai buku di Pameran buku

Murid yang menerima hadiah kerana menjawab soalan kuiz yang diajukan oleh PTS Distribution

Murid-murid begitu seronok mendengar taklimat daripada wakil Karangkraf



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.