SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Khamis, 9 Mei 2013

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah diadakan pada 2 Mei 2013. Seramai 35 orang murid dan 4 orang guru pengiring mengikuti lawatan ini.

Objektif lawatan ini adalah :
1.     Memupuk sikap untuk mencontohi dan mencari perkongsian ilmu dan pengalaman dengan pihak luar.

2.  Memberi semangat dan galakan kepada murid dan guru untuk meluaskan ilmu bagi melahirkan insan yang cemerlang.


3.     Melahirkan lebih ramai murid yang rajin membaca dan ulat buku.

Guru pengiring dan murid-murid yang menyertai lawatan ke Pesta Buku Antarangsa, PWTC

Murid-murid sibuk membeli pelbagai buku di Pameran buku

Murid yang menerima hadiah kerana menjawab soalan kuiz yang diajukan oleh PTS Distribution

Murid-murid begitu seronok mendengar taklimat daripada wakil Karangkraf



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.