SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Ahad, 22 Julai 2012

Pelancaran Bulan Panitia Agama Islam

Guru Besar menderma ke dalam tabung Pendidikan Islam sempena pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam
 
Guru-guru memberi tumpuan semasa pelancaran tersebut
Cik Aminah binti Said, Guru Besar merasmikan pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam
Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam pada 23 Julai 2012


Pelancaran Bulan Panitia Agama Islam dan Khatam Quran adalah salah satu aktiviti kurukulum yang dijalankan untuk menarik minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran tersebut. Di dalamnya terkandung pelbagai aktiviti pengukuhan pembelajaran. Bersesuaian dengan itu, panitia Pendidikan Islam menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan yang sering ditunggu-tunggu oleh umat islam, apatah lagi kepada semua murid yang merupakan golongan yang perlu diberi perhatian dalam menjalani bulan yang penuh pentarbiahan ini

Objektif 
1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa murid.
2. Merapatkan silaturahim antara guru dan murid
3. Melahirkan perasaan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam
4. Melahirkan minat membaca Al. Quran dan banyak beramal di bulan Ramadhan
5. Memberi galakan kepada murid-murid dalam melakukan kebaikan serta memperbaiki disiplin diri   
    menerusi aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti Bulan Panitia Agama Islam
1. Tadarus Al-Quran
2. Tazkirah Ramadhan
3. Pertandingan menulis Jawi Cantik
4. Pertandingan mewarna
5. Pertandingan mencari kalimah jawi yang tersembunyi
6. Pertandingan mencari dan mewarnakan huruf jawi
7. Pertandingan membaca teks jawi
8. Pertandingan membuat kad hari raya
9. Pertandingan teka silang kata
10. Pertandingan ejaan jawi
11. Pertandingan membaca khutbah
12. Pertandingan syarahan
13. Majlis Khatam Al-Quran
14. Majlis Berbuka Puasa
16. Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.