SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Isnin, 3 Februari 2014

Pembugaran NILAM

Majlis Pembugaran NILAM telah diadakan seperti berikut:-
Hari : Isnin
Tarikh : 3 Februari 2014



       OBJEKTIF
1.  Membina tabiat membaca murid-murid khususnya murid SK Taman Desa 2 secara berterusan.
2.     Murid-murid dapat menilai bahan bacaan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang berkaitan dalam rekod bacaan yang khusus.
3.       Menggalakkan penggunaan pusat sumber melalui pembacaan.
4.       Melahirkan semangat kerjasama di antara semua warga SK Taman desa 2 untuk menjadikan Program NILAM sebagai satu program yang unggul dan gemilang.

 
AKTIVITI/PENGISIAN PROGRAM

Aktiviti galakan membaca sempena Program NILAM akan dijalankan sepanjang tahun. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah :

1.      Membaca buku dan membuat catatan dalam Buku Rekod  Bacaan NILAM
2.      Promosi Buku Baharu
3.      Aktiviti galakan membaca di kantin dan foyer sebelum perhimpunan pagi, semasa rehat dan semasa waktu balik.
4.      Kempen Menderma Buku
5.      Penganugerahan kepada pembaca terbanyak bulanan
6.      Penganugerahan kepada peminjam buku terbanyak bulanan
7.      Anugerah Tokoh Nilam peringkat sekolah..
8.      Minggu Pusat Sumber

Gimik melepaskan burung

Guru Perpustakaan dan Media menerangkan Anugerah NILAM sepanjang tahun 2014

Guru Besar melepaskan burung sebagai gimik Pembugaran NILAM

Murid-murid mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru sempena Pembugaran NILAM



Pelancaran Minggu Bahasa Melayu

Pelancaran minggu Bahasa Melayu telah diadakan seperti berikut :-
Hari  : Isnin
Masa : 7.30 pagi
tarikh : 3 Februari 2014

Objektif:
1. Meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid.
2. Menambahkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.
3. Menggalakkan murid-murid menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian.
4. mencari bakat terpendam (bercerita dan berpidato)

GPK Kokurikulum merasmikan Pelancaran Minggu Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Melayu menjemput GPK Kokurikulum merasmikan Pelancaran Bahasa Melayu





Aktiviti yang dijalankan
Bil
Sasaran
Aktiviti
1
Kelas PPIK
1.    Peraduanmewarna
2
TahunSatu
1.   Mencariobjektersembunyi
3
TahunDua
1.   Mencariperkataantersembunyi
2.   Pertandinganbercerita
4
TahunTiga
1.   Tekasilang kata
2.   Pertandinganbercerita
5
TahunEmpat
1.    Membinaperkataan
2.    Pertandinganbercerita
3.    Pertandinganberpidato
6
Tahun Lima
1.    Melengkapkanpantunberdasarkanpembayang yang diberi.
2.    Pertandinganbercerita
3.    Pertandinganberpidato
7
TahunEnam
1.    Menyenaraikanperibahasaberdasarkantema yang diberi
2.    Pertandinganbercerita
3.    Pertandinganberpidato



Ahad, 2 Februari 2014

Majlis Penerimaan watikah pelantikan

Majlis Penerimaan Watikah Pelantikan untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya  telah diadakan pada 27 Januari 2014.

Majlis penerimaan watikah pelantikan pengawas Pusat Sumber

Guru Besar menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengawas Pusat Sumber yang dilantik

Majlis bacaan ikrar oleh semua pengawas sekolah, Pengawas PSS dan pembimbing rakan sebaya

Ketua Pengawas sekolah mewakili semua pengawas, Pengawas PSS dan Pembimbing Rakan Sebaya melafazkan ikrar

Majlis penerimaan watikah pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya

Guru Besar menyampaikan watikah pelantikan kepada pembimbing Rakan Sebaya



Ahad, 26 Januari 2014

Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber 2014

Kem Kepimpinan Pusat Sumber SK Taman Desa 2 telah diadakan seperti ketetapan berikut :-
 
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Sumber, SK Taman Desa 2


OBJEKTIF
 
1.            Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan
2.            Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam 
               potensi diri.
3.            Menerapkan rasa tanggungjawab, suka tehadap persekitaran dan 
               dapat melaksanakan tugas   
               dengan jujur, amanah dan dedikasi.
4.            Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang 
               berkesan.
5.            Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan ‘role model’ oleh orang 
              lain.
6.            Membentuk semangat bekerjasama dalam sesuatu organisasi.

Guru Perpustakaan dan Media menerangkan dan memberi peluang pengawas PSS mencuba dan mengendalikan sistem automasi untuk menjalankan tugas

Mengemas dan menyusun buku juga adalah tugas sebagai pengawas pss

Pengawas PSS bergotoong royong di dalam Pusat Sumber

Cikgu Rahmad membantu menceriakan bilik BBM

Pn. Azmawati juga turut menceriakan bilik BBM. Terima kasih kepada guru-guru pusat sumber yang hadir untuk membantu Kem Kepimpinan PSS dan menceriakan Pusat Sumber

Pengawas PSS mendengar taklimat Kem Kepimpinan daripada guru Media

Pn. Jamnah selaku guru Perpustakaan dan Media menyampaikan sijil penyertaan Kem Kepimpinan Pengawas PSS kepada semua pengawas pss yang hadir.

Rabu, 15 Januari 2014

Majlis Permuafakatan Tahun 6 & Kem Kepimpinan Pengawas Pusat sumber

Majlis Permuafakatan Tahun 6 akan diadakan pada ketetapan berikut :-
 
 Hari  : Sabtu
Tarikh : 25 Januari 2014
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Persada Budaya, SK Taman Desa 2


Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Hari : Sabtu
Tarikh : 25 Januari 2014
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Pusat Sumber, SK Taman Desa 2
Kehadiran : wajib bagi semua Pengawas Pusat Sumber




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.