SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Rabu, 29 Mac 2017

Kem jati Diri Pengawas, Pengawas PSS dan Pembimbing Rakan Sebaya

Hari : Sabtu dan Ahad
Tarikh : 4 & 5 Mac 2017
Tempat : Photton Valley, Hulu Langat

MATLAMAT

Program Jati Diri diadakan bagi melatih dan mendidik peserta agar  lebih berdisiplin  dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.      



Aktiviti Jungle Tracking Kem Jati Diri

Program Muhasabah diri selepas solat Maghrib

Taklimat tentang Jungle Tracking hari kedua

Program kesedaran murid untuk jadi pemimpin yang baik

taklimat semasa hadir ke Kem Jati diri

Aktiviti Night Walk 
OBJEKTIF PROGRAM

a.    Meningkatkan keyakinan diri
Sebagai pelajar, peserta yang mengikuti program ini akan lebih berkeyakinan bila berhadapan siapa jua yang mereka temui.


b.    Meningkatkan kemahiran dan kreativiti
Peserta program akan didedahkan dengan ‘multi-skill’ dan menggunakan bakat kreatif dalam menjalani proses kehidupan (thinking out of box).
c.    Menambah nilai jati diri
Peserta akan didedahkan dalam proses mengenal potensi diri mereka sendiri. Mereka akan lebih yakin dengan kebolehan dan bakat semulajadi diri.

d.    Pembentukan nilai peribadi yang mulia
Peserta dibentuk ke arah menjadi insan berkualiti. Kebolehan berdikari dalam mencapai matlamat dengan memberi fokus kepada keperluan melaksanakan tanggungjawab.

e.    Membentuk sikap bertanggungjawab
Peserta akan didedahkan dengan nilai tanggungjawab terhadap amanah dan arahan. Bersedia menjadi seorang pelajar yang baik dan berakhlak mulia.



PELANCARAN NILAM 2017

Pelancaran NILAM 2017

Hari : Isnin
Tarikh : 13 Februari 2017
Masa : 7.25 pagi & 1.15 tengah hari
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Taman Desa 2

OBJEKTIF
            
1.   Membina tabiat membaca murid-murid khususnya murid SK Taman Desa 2         secara 
      berterusan.

2.  Murid-murid dapat menilai bahan bacaan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang berkaitan 
     dalam rekod bacaan yang khusus.

3.  Menggalakkan penggunaan pusat sumber melalui pembacaan.

4. Melahirkan semangat kerjasama di antara semua warga SK Taman desa 2 untuk           
    menjadikan Program NILAM sebagai satu program yang unggul dan gemilang.

Gimik Pelancaran NILAM

GPK 1 merasmikan Pelancaran NILAM 2017


Gimik Pelancaran NILAM sesi petang

GPK Petang merasmikan Pelancaran NILAM sesi petang



Banner Pelancaran NILAM

Hadiah utama Tokoh NILAM 2017

Isnin, 23 Mac 2015

Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris

Hari : Isnin
Tarikh : 2 Mac 2015
Masa : 7.30 pagi & 1.00 tgh hari


Program Motivasi Murid Islam Tahun 6 bersama Ibu bapa

Hari : Sabtu
Tarikh : 28 Mac 2015
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tgh hari

Objektif



Antara objektif bagi program ini adalah :
I.   Membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan.
II.   Membimbing dan menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka membimbing anak-anak mereka semasa di rumah.
III.    Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR serta mempunyai ketrampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka.
IV.   Memberikan semangat dan kekuatan mentaliti dan emosi pelajar untuk menghadapi UPSR. 

YDP PIBG merasmikan Program Motivasi Murid Islam Tahun 6 Bersama ibu bapa

Ustaz Khailil Razak menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid Islam tahun 6



Pelukan  bapa kepada Ketua Pengawas Sekolah menyentuh hati murid-murid

Bingkisan surat tentang kesilapan yang pernah dilakukan untuk dibaca dihadapan ibu bapa murid

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Khailil Razak

Pendaftaran ibu bapa dan murid untuk program Motivasi Tahun 6

Terima kasih atas kehadiran ibu bapa bagi memberi sokongan kepada anak-anak

Tangisan ini moga menjadi asbab kepada kejayaan

Luahan dengan air mata tanda kesesalan menjadikan murid sedar akan tanggungjawab mereka sebagai anak

Lawatan Sambil Belajar Ke Kidzania

Hari : Khamis
Tarikh : 26 Februari 2015
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang



OBJEKTIF
1-      Mendedahkan murid-murid dengan dunia pekerjaan sebenar di sekeliling mereka.
2-      Menyedarkan murid-murid akan peranan yang perlu ada dalam kalangan mereka.
3-      Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid dengan menjalani kehidupan berdikari di dunia golongan dewasa.
 
Murid-murid diberi taklimat sebelum memulakan tugas di Kidzania

Persembahan pembukaan oleh kakitangan KIdzania

Murid yang belajar mengendalikan salon

kerjaya sebagai artis

Kerjaya sebagai jurutera TM

Murid belajar membuat coklat Cadbury

Kerjaya sebagai anggota polis

Kerjaya sebagai hakim dan peguam

Murid belajar membuat oreo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.