SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Isnin, 25 Jun 2012

Sumbangan ikhlas daripada ibu bapa murid

Terima kasih kepada ibu bapa dari Kelas 2 Tenteram yang telah memberi sumbangan untuk membantu sekolah membina semula pentas yang baru. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan.
Kerja-kerja untuk membina semula pentas sedang dijalankan
Gotong Royong Perdana
Tarikh : 23 Jun 2012

Aktiviti Gotong-royong Perdana diadakan pada 23 Jun 2012, pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Ramai ibu bapa, murid-murid dan guru-guru turut terlibat dengan gotong-royong ini.Sokongan ibu bapa dalam aktiviti kemasyarakatan umpama "kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar".

Objektif  utama program ini dijalankan adalah untuk menceriakan tandas ke arah mencapai sasaran 'tandas sejahtera', mendidik murid-murid tentang penggunaan tandas dan mengeratkan ukhuwah serta menyemai ikatan kasih sayang, sokongan dan keprihatinan masyarakat. Program ini selari dengan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan kondusif dan selamat.

Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga sekolah dengan ibu bapa seterusnya akan memberikan banyak manfaat kepada murid di sekolah ini seperti bak pepatah " pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama"

 
Guru besar sedang bertungkus lumus mengecat dinding di bahagian tangga.


Amboi kak Amani, pakai apron takut kotor baju ye!
Guru-guru sibuk menjalankan tugas mengutip sumbangan PIBG sebelum sesi gotong-royong diadakan

Pn. Hasnol dan Pn. Amani sibuk mengecat dinding tandas tahun 5

Amboi Azlina, sempat lagi berbual-bual semasa mengecat tandas!
hasil nukilan daripada AJK Pusat Sumber Sekolah
Gambar pemandangan yang dilukis oleh AJK Pusat Sumber Sekolah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.