SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Khamis, 26 Julai 2012

Sumbangan kepada keluarga En. Ermy Jeffry bin Jamil

Hamper yang disumbangkan oleh PIBG
Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru kelas 4 Ehsan turut hadir melawat ke rumah keluarga En. Ermy


En. Izat, AJK PIBG menyerahkan 2 cek kepada bapa saudara adik Putera Rozamy 4 Ehsan
              Sumbangan telah diserahkan kepada Keluarga En. Ermy Jeffry bin Jamil atas pemergian isteri tercinta dan seorang anaknya tahun 1 Damai   yang yang belajar SK Taman Desa 2 ke Rahmatullah disebabkan kemalangan di Jasin, Melaka. Seorang anak beliau masih bersekolah di sini dalam tahun 4 Ehsan. Terima kasih kepada semua ibu bapa murid-murid yang telah menyumbangkan sumbangan ikhlas kepada Keluarga En. Ermy. Pihak sekolah telah menerima sumbangan ikhlas daripada ibu bapa sebanyak RM6,376.00 Manakala sumbangan daripada PIBG adalah sebanyak RM500.00. Dengan sumbangan ini, dapatlah meringankan beban Keluarga En. Ermy.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.