SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (MEI)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Ahad, 16 Mac 2014

Gotong- Royong Perdana 2014

Program Gotong-Royong Perdana telah diadakan seperti ketetapan berikut :-
Hari : Sabtu
Tarikh : 8 Mac 2014
Kehadiran : 85 orang



Objektif utama gotong-royong perdana ini diadakan adalah untuk: 
  3.1        Membina pondok menunggu dan membaik pulih laluan suusr gajah di pintu laluan  murid.
  3.2     Menceriakan setiap tangga koridor sekolah.
  3.3     Mendidik murid-murid tentang pembasmian pembiakan nyamuk Aedes secara bijak.
  3.4     Mengeratkan ukhuwah dan perpaduan antara murid, guru, anggota pentadbir dan masyarakat.
  3.5    Menyemai ikatan kasih sayang, keprihatinan dan sokongan padu masyarakat                               kepada institusi sekolah.          
   3.6    Menterjemahkan ikatan kekeluargaan, perpaduan dan kemesraan dalam                                                 kalangan masyarakat dan akan  membantu negara melahirkan masyarakat  sihat dan selamat.
  3.7    Melahirkan murid yang sentiasa bersedia melakukan amalan-amalan murni  untuk agama, bangsa dan negara. 

Guru dan ibu bapa yang hadir bertungkus lumus mengetuk laluan susur gajah untuk dibaikpulih semula.Pembinaan pondok menunggu sedang dijalankan.

Guru Besar juga bertungkus lumus mewarnakan dan mengecat semula  batu-batu di parkir sekolah

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir bagi menjayakan Program Gotong Royong Perdana 2014

Guru-guru menghias bilik Doktor Muda dan Pameran Anti Dadah.

Guru-guru mengecat korikor tangga

GPK Kurikulum turut mengukur dan mewarnakan semula parkir

Guru- guru mengecat bilik Doktor Muda

Guru-guru Agama bergotong-royong menceriakan bilik J'Qaf dan surau

Mengecat tangga untuk ditampal info-info

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.