Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."
Isnin, 2 Julai 2012
Khamis, 28 Jun 2012
Pelancaran Bulan Pusat Sumber
| Muhammad Hatim bin Abdul Malik menerima hadiah tempat ketiga dalam pertandingan dart |
| Logeashwar Raj mendapat tempat kedua dalam pertandingan dart sempena Bulan Pusat Sumber |
| Sree Ganesh dari kelas 6 Ehsan telah memenangi tempat pertama dalam peertandingan dart yang diadakan pada 17 hingga 19 Julai 2012 |
| Adik Iskandar Amili yang telah menangi hadiah teka silang kata yang telah dianjurkan oleh Pusat Sumber. Seramai 9 orang murid telah memenangi pertandingan teka silang kata pada minggu lepas. |
| Murid-murid melawat pameran haiwan eksotik yang diadakan pada 2 dan 3 Julai 2012 di SKTD2 |
| Seorang murid yang berani bergambar dengan ular sawa pada 3 Julai 2012 |
| Pameran di Pusat Sumber |
| Murid-murid mencatat bahan-bahan yang dipamerkan semasa pameran berlangsung di Pusat Sumber |
| Salah seorang murid sesi petang yang menerima Anugerah Jauhari Perak. |
| Pn. Sharifah binti Ab. Aziz, GPK Petang merasmikan Pelancaran Bulan Pusat Sumber pada sesi petang |
| Pegawai dari BTPNS dan PKG Rawang melawat pameran Bulan Pusat Sumber di dalam perpustakaan sekolah |
| Gambar kenangan antara pegawai dari BTPNS dan PKG Rawang bersama murid-murid yang menerima hadiah jauhari NILAM |
| Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada En. Rosley sempena perasmian Bulan Pusat Sumber |
| Pn. Che Norai menerima hadiah tempat pertama dalam Pertandingan Keceriaan Bilik-bilik Khas |
| Ustazah Nurmawatim Penyelaras J'Qaf telah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Keceriaan Bilik-bilik Khas |
| Ustaz Asmadi, Ketua Panitia Agama Islam menerima tempat pertama dalam Pertandingan Keceriaan Papan Kenyataan |
| Ustaz Zaidi, wakil Panitia Pendidikan Khas menerima tempat kedua dalam Anugerah Keceriaan Papan Kenyataan |
| Ketua Panitia Bahasa Melayu, Pn. Zunariah telah menerima tempat ketiga dalam Anugerah Keceriaan Papan Kenyataan |
| Tokoh Jauhari NILAM bagi bulan April hingga Jun dimenangi oleh adik Kabil Varmen kelas 6 Tenteram yang telah membaca buku sebanyak 541 buah buku |
| En. Ahmad Khairani bin Ab. Khattab, Pegawai Teknologi dari PKG Rawang menyampaikan anugerah murid Jauhari dari peringkat Perak hingga Jauhari peringkat NILAM. |
| Gimik semasa pelancaran Bulan Pusat Sumber dengan memotong reben belon helium |
| En. Rosley bin Abdullah menyampaikan ucapan sempena Bulan Pusat Sumber |
En. Rosley bin Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknolgi Pendidikan Negeri Selangor merasmikan pelancaran Bulan Pusat Sumber dan Laman Sesawang PSS. Turut hadir bersama En. Ahmad Khairani bin Ab. Khattab, Pegawai Teknologi, PKG Rawang
Pelancaran Bulan Pusat Sumber
dan Laman Sesawang PSS
Perasmian oleh:
En Rosli bin Abdullah
Pegawai Teknologi Pendidikan
BTPN Selangor
TENTATIF PROGRAM
Sesi Pagi
7.30 Pagi Murid
berkumpul di tapak perhimpunan
7.39 Pagi Ketibaan PTP dari BTPN Selangor & PKG
Rawang
7.40 Pagi Perhimpunan dimulakan
-Pelancaran
Bulan Pusat Sumber
dan Laman Sesawang PSS
-Penyampaian
Hadiah
8.10pagi Murid
masuk ke kelas masing-masing
Sesi Petang
12.50 Tengah Hari Murid berkumpul di tapak perhimpunan
1.00 Petang Perhimpunan dimulakan
-Pelancaran
Bulan Pusat Sumber
-Penyampaian
Hadiah
1.40 Petang Murid
masuk ke kelas masing-masing
Aktiviti Yang dijalankan Sepanjang
Bulan Pusat Sumber
·
Bergambar Bersama Haiwan
(Isnin Dan Selasa , 2 & 3 Julai 2012)
·
Senamrobik
(Selasa, 3 Julai 2012)
·
Pameran Daripada Semua Panitia
·
Pertandingan Dart
·
Pertandingan Bola Baling (L)
·
Pertandingan Bola Tampar (P)
·
Puppet Show
·
Permainan Dalaman—Congkak, Catur, Saidina,
·
Teka Silang Kata (Tahap 1 & 2)
·
Spelling B
·
Word Maze / Puzzle
·
Deklamasi Sajak
·
Pertandingan Sudut Nilam
Isnin, 25 Jun 2012
Sumbangan ikhlas daripada ibu bapa murid
| Kerja-kerja untuk membina semula pentas sedang dijalankan |
Gotong Royong Perdana
Tarikh : 23 Jun 2012
Aktiviti Gotong-royong Perdana diadakan pada 23 Jun 2012, pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Ramai ibu bapa, murid-murid dan guru-guru turut terlibat dengan gotong-royong ini.Sokongan ibu bapa dalam aktiviti kemasyarakatan umpama "kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar".
Objektif utama program ini
dijalankan adalah untuk menceriakan tandas ke arah mencapai sasaran 'tandas sejahtera', mendidik murid-murid tentang penggunaan tandas dan mengeratkan ukhuwah serta menyemai ikatan kasih sayang, sokongan dan keprihatinan masyarakat. Program ini selari dengan seruan
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan
kondusif dan selamat.
Semoga dengan adanya
aktiviti seperti ini dapat melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara
warga sekolah dengan ibu bapa seterusnya akan memberikan banyak manfaat kepada
murid di sekolah ini seperti bak pepatah " pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama"
Amboi kak Amani, pakai apron takut kotor baju ye!
Guru-guru sibuk menjalankan tugas mengutip sumbangan PIBG sebelum sesi gotong-royong diadakan
Pn. Hasnol dan Pn. Amani sibuk mengecat dinding tandas tahun 5
Amboi Azlina, sempat lagi berbual-bual semasa mengecat tandas!
hasil nukilan daripada AJK Pusat Sumber Sekolah
Gambar pemandangan yang dilukis oleh AJK Pusat Sumber Sekolah
Ahad, 17 Jun 2012
Hari Guru 2012
| Selamat Hari Guru 2012. |
| Amboi, kak Shida ternganga sambil meniup belon! |
| Kak Zu dan Kak Asmah, siapa yang dapat meniup belon paling besar? |
| Persembahan Dikir Barat guru tahun 4. |
| Persembahan guru tahun 5. |
| Ni kumpulan Allycat dari mana ye? |
| Persembahan 70an ke? |
| Persembahan guru-guru Pendidikan Khas. |
| Amboi kak Pah, bersemangatnya meniup belon tu! |
| Persembahan guru-guru tahun 1. |
| Persembahan guru-guru tahun 3. |
| Persembahan guru-guru tahun 2. |
| Persembahan daripada guru-guru tahun 6. |
| Sesi memotong kek Hari Guru. |
| Gambar guru sempena Hari Guru. |
| Guru-guru mendengar perutusan Hari guru 2012. |
| Guru-guru sesi pagi 2012. |
| Kek sumbangan PIBG sempena Hari Guru 2012. |
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak PSS SK Taman Desa 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.

